Showing posts with label aku punya cerita. Show all posts
Showing posts with label aku punya cerita. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

apa tu?


...awal pagi semasa di kampung memang lain suasananya di bandar2 besar ini, jam 6 pagi masih gelap seperti jam 4 pagi...tetapi berada di kampung sendiri semua itu tidak menjadi masalah kerana begitulah rutin anak desa untuk pergi menuntut ilmu...

seperti biasa aku akan keluar dari rumah berjalan kaki sejak jam 6 pagi...kerana waktu itu bas sekolah akan lalu di jalanraya besar hanya jam 6.30 pagi...kalau terlewat alamatnya kena naik bas biasa...tetapi kena tgu 1 jam lagi.

selalunya aku berjalan masih terasa kabus pagi, sejuk sampai ke tulang...sekarang mahu jumpa kabus pagi terkena pipi pun susah..:) lebih2 lagi ada lampu jalan, boleh nampak cahaya samar2 dgn kabus yg masih tebal.

kebetulan laluan aku memang akan melalui satu rumah usang...yg penuh dgn semak samun di kiri jalan tapi sejak kecil lg aku sudah melaluinya...bunyi2an sudah lali tetapi sejak2 keluarga tuan tanah tersebut pulang meratakan tanah jadi aku tidak rasa risau lagi, ya lah dalam gelap2 mcm tu macam2 ada...kemungkinan binatang..atau apa2 yg kita tidak tahu..

tuan tanah memasang lampu jalan betul2 di tepi tanah yg diratakan...jadi laluan itu sudah terang...sangat2 terang...tetapi pagi itu aku keluar agak awal sebelum jam menunjukan 6 pg...kerana telah berjanji dgn rakan sekampung untuk pergi bersama2..

sedang aku leka berjalan aku terlihat ditengah2 kawasan tanah rata yang terang itu seperti susuk tubuh sedang menyankung...sangkaku mungkin tunggul..tetapi ini kan kampung sendiri, tak kanlah tidak perasan apa2 di siang hari...tapi aku jalan juga di laluan biasa...makin lama aku perasan susuk itu seperti seorang lelaki yg sedang menyangkung, mungkin budak2 kampung yang belum balik kerumah lagi...fikirku..tetapi apa yg aku rasakan sbnryer bukan..

semakin hampir aku perasan seperti susuk tubuh itu menoleh ke arahku..tetapi aku tidak dapat melihat apa2..yang aku nampak hanya gelap hitam...dia menyangkung betul-betul berdekatan dengan lampu jalan di tepi tanah rata itu...

aku buat-buat tidak nampak...mula-mula tidak rasa apa2...tetapi bila makin hampir aku perasan susuk tubuh tadi berdiri dan berjalan ke arah lorong sana...yang menghairankan aku...susuk tubuh itu berkaki panjang dan setinggi tiang lampu!...

aku mula membaca ayat Kursi..jalan memang tidak toleh lagi...nasib baiklah rumah rakan didepan sahaja tapi rasa langkah itu sangat berat...bulu roma tiba2 naik sampai ke kepala...seramnya waktu itu tidak dapat aku gambarkan cuma aku susah nak melangkah...

memang aku tidak silap memandang susuk tubuh itu...kerana ia berada betul2 dgn lampu jalan..dia berjalan pun aku leh lihat dengan kakinya yang panjang..mustahil mata aku salah melihat sedangkan tanah itu lapang...xde apa2 yang menghalang untuk aku katakan bayang tiang atau pokok...sebab dgn jelas aku nampak dua kakinya melangkah..cuma susuk tubuh itu hanya gelap hitam...berbanding tanah dan tiang lampu disitu...

 

Thursday, September 27, 2012

...aku tak mahu tidur selubung lagi...


dulu aku gemar berselubung dengan selimut masa tidur. Mungkin dah jadi habit, kadang2 kena tegur juga dengan orang tua, selubung macam apa je dalam bilik, tapi tak tahulah...memang dari kecil macam tu. Tapi sekarang tidak lagi, kerana ada cerita disebalik 'kenapa aku tidur dah tak mahu selubung lagi,' walaupun waktu malam sejuk, aku akan selimut paras lutut sahaja kdg2 selimut hanya perhiasan atas katil.

kisahnya masa tahun 1995, aku masih bersekolah menengah lagi. Malam tu rasa nak tidur awal. Sebenarnya bilik aku yang besar tu asalnya dua bilik tapi dipecahkan dinding tengah dan sebelah lagi di buat bilik sembahyang. Kebetulan berhadapan bilik aku ada tanah luas, sudah di tebas dan ingin buat tanaman pokok pisang..sedangkan dari kecil aku tengok tanah tu memang dah lama terbiar.

Tak ada apa2 yang pelik waktu tu, cuma sejak2 kawasan tanah ekar tu di bersihkan macam2 yg berlaku cuma mgkin secara kebetulan..tapi cerita-cerita itu akan aku ceritakan di entri yang lain nanti. 

Keluarga aku ada yang tidur diruang tamu, bilik tu aku tak kongsi dengan sesiapa, ada juga bilik lain tapi semua di depan hanya bilik aku je bilik belakang, masa baru je aku berbaring, macam biasa aku akan selubung,tutup sampai kepala, tiba2 masa aku nak terlelap aku terdengar seperti bunyi cicak jatuh ke lantai papan (rumah separuh papan dan batu),sekali shj. Seterusnya aku terdengar seperti orang memijak lantai papan kat tengah2 ruang bilik sembahyang tu.

Aku ingatkan adik aku main2..tapi kalau dia masuk, aku akan tahu sebab pintu betul2 di kepala katil bujang aku ni, tapi aku diam sahaja. Tapi bunyi langkah kaki tu makin lama makin dekat tapi di ikuti bunyi nafas kuat tapi perlahan-perlahan. Tak tahu aku nak gambarkan bagaimana tapi bunyi tu memang bunyi nafas haaa...haaa...haaa...

makin lama makin dekat kat kanan aku betul2 kat telinga kanan sebab belah kiri aku dinding bilik. Aku baca ayat Kursi berulang2 kali sebab masa bunyi nafas tu dekat kat telinga kanan aku ni, bulu roma aku dah meremang, tak dapat aku bayangkan 'apa' di luar selimut aku ni yang hanya jaraknya sejengkal sahaja dari aku. Bunyi tu bukan bunyi nafas manusia..apatah lagi nafas adik aku yg waktu tu sekolah rendah.

bila 'dia' makin hampir lagi laju aku baca ayat kursi, tak tahu dah berapa kali aku ulang baca, lepas tu dia pusing 1 bulatan ke arah bunyi mula2 aku dengar tadi...

perlahan sedikit aku baca kursi, aku ingatkan sekali tu sahaja dia bernafas dekat dengan aku tapi dia ulang balik ke arah aku entah lebih dari 9 kali pusingan jadinya 9KALI 'DIA' BERNAFAS DEKAT TELINGA KANAN AKU!'

masa tu seram, berpeluh tak dapat gerak hanya Tuhan shj yang tahu, aku leh dengar degup jantung aku laju, berpeluh2 dalam selimut, badan memang keras tak dapat gerak, hanya mata aku liar dalam gelap selubung tu, bila dengar nafas dekat di telinga hanya lidah aku dan hati sahaja leh baca ayat kursi, mulut nak bukak baca kuat dan memanggil keluarga aku diruang tamu pun tak boleh.

sampai aku dah terbayangkan apa benda la kalau aku keluar dari selimut ni, sebab aku tekad nak lari dah. Mana tahan nak tunggu apa2 dari 'benda' tu, giler!

pintu dekat kat kepala katil kalau lompat sekali pun memang sempat tapi kalau badan dah keras nak angkat tangan ketuk2 dinding papan sebelah kiri aku ni pun tak larat apatah lagi nak bangun lari keluar bilik.

aku baca ayat kursi tak berhenti2, selimut aku tebal aku tak nampak apa2, lepas lebih 9 kali dia pusing datang balik kearah aku lama2 bunyi nafas tu hilang perlahan2 tapi aku tak bukak selimut, yelah..manalah tahu dia diam dan tunggu di sebelah katil, mahu pengsan aku..

bila rasa dah leh gerak aku lompat katil ke pintu dah tak tengok apa2 dah, pergi ruang tamu, nasib baik famili aku ada yang tak tidur lagi walaupun tv dah tutup, mereka semua terkejut sebab tengok muka aku pucat dan tak dapat berkata-kata apa yg dah terjadi.

aku perlahan2 cerita, mak aku bawak aku sekali ke bilik semula, tapi masa mak aku masuk pun dia rasa bulu roma tiba2 naik dan seram. Tapi malam tu aku memang tak tidur bilik tu sampai seminggu, tidur ngn adik2 diruang tamu.

Aku tak tahu apa benda tapi kat dinding bilik aku, dinding ada kesan tapak tangan, xde warna tak ada kesan timbul tapi boleh tengok bentuk tapak tangan tu warna dinding rumah tapi lebih pudar dari cat yang lain dalam bilik tu.

sejak hari tu sampailah hari ini, aku pergi mana2 sekali pun walaupun dirumah sendiri aku tak akan tidur berselubung lagi...
 

...berlari...


ada satu kisah yang aku nak kongsikan kali ini, masa ni berada di kampung, bilik aku betul2 dekat dengan pokok jambu, seperti yang kita tahu, dahan pokok jambu memang liat dan nak patah kan pun bukan senang.


masa tu jam menunjukan 10.30mlm..aku masih ingat lagi, kat luar hujan rintik2 mula turun, disusuli dengan dahan pokok jambu tu bergesel dengan daunnya kemungkinan angin...aku mula2 tak rasa apa-apa...

tetapi mula rs lain macam bila aku dapat dengar dengan jelas seolah2 ada sesuatu yang memanjat...aku amati betul2..angin atau bukan...sebab bunyi2 dahan tu seolah2 ada sesuatu yang berat mgkin berat dari manusia..

selepas tu bunyi benda jatuh dr pokok jambu tu..kuat sgt bunyinya memang berbunyi sesuatu yg sgt besar dan berat...aku selubung...takutnya satu macam...selepas itu aku terdengar bunyi berlari pula, seolah2 orang berlari  tak pakai kasut tapi bunyi kuat betul di tanah..dup..dup..dup..berlari kesana kemari..nak kata anjing bukan..tapi takkanlah kuda..logik lah sikit..

tepi rumah ada simen lebih dan ada longkang..aku terdengar benda tu berlari di lantai pula...aku tak dengar kasut tapi aku dengar bunyi seperti kuku...berlari2...aku tak pasti benda apa tapi selepas puas benda tu berlari sekeliling..terus aku terdengar bunyi angin seolah2 bunyi puting beliung kecil,aku diam sahaja sampai tertidur...

Wednesday, September 19, 2012

...bayangan putih...



sekitar tahun 1993 dikawasan setinggan, aku mengikut keluargaku kerumah ibu saudara, kebetulan anak sepupu kepada suami ibu saudaraku itu mengadakan majlis perkahwinan.

dahulu bila kawasan setinggan selalunya tempat yang kerap berlakunya banjir kilat..setiap rumah memang tiada tandas yang ada hanya bilik air sahaja. Jadi penduduk kampung akan buat tandas seberang anak sungai dibelakang kawasan kampung. Bila malam selalunya memang tak ada siapa akan ke tandas tu kerana tempat dan kawasan yang agak berbahaya bagi aku...

kena bawak baldi sekali tapi tidak lah jauh sangat cm bila malam agak seram bila nak seberang anak sungai dengan titi kayu yang aku rasa tak berapa kukuh, jadi malam tu aku dan sepupu jadi peneman sebab mak su aku sakit perut, cuma kali ini tumpang tandas dirumah jiran (kira saudara juga), sebab jiran tu bt tandas tinggi betul...belakang rumah dia...berbekal kan baldi, lampu suluh aku dan sepupu (lelaki) ude, berjalan sambil suluh dimana2 sahaja. Dibelakang rumah lampu dapur ada, jadi tidak lah rasa apa2, dan sepupu aku seorang lagi nak teman, tapi dia sibuk tengok anak ikan di tepi2 tebing sungai itu, lagipun baru lepas hujan lebat tapi masih renyai-renyai lagi.

aku dan ude tengok sekeliling, berhadapan aku sungai dan seterusnya tandas gelap yang penduduk selalu guna itu, dibelakang sana lagi ada pokok2 pisang liar dan seterusnya belukar.

aku perhatikan sepupu aku achik asyik dengan anak ikan ditebing sungai, berkali2 memanggil2 kami berdua untuk tengok sekali, tapi aku  dan ude buat tak layan sebab tak berani nak ke tepi tebing tu, lagipun  mak su dah pesan tadi jangan berdiri jauh-jauh.

aku dan ude terdengar dalam belukar di balik deretan pokok pisang macam bunyi orang berjalan..tetapi lebih kepada bunyi seperti mengheret kayu, aku pandang ude...dan seperti ude pun nampak dia memandang semula ke arah bunyi itu, seolah-olah kami terpaku menunggu apa yang akan keluar dari belukar itu, dan belukar itu tingginya seperti lelaki dewasa dan kami berdua jelas nampak belukar tu bergerak-gerak seperti menuju kearah kami.

si achik masih lagi memanggil2 kami untuk lihat anak ikan yang ntah betul ntah tidak tu, kami berdua masih terpaku seolah-olah ingin tahu apa dan siapa yang akan keluar dari belukar yg bergerak2 tu.

betul2 keluar dari belukar tu bayangan putih tetapi tidak terus ke arah kami, aku dan ude terkejut tapi seolah2 terpaku tak boleh lari, si achik dah start diam rupanya dia pun nampak tapi dia dah lari dulu, sampai lampu suluh pun tertinggal itu belum di kira selipar dia lagi yg dah tercampak entah kemana.

elok sahaja bayangan putih tu lalu terus ke arah deretan pokok pisang dan hilang macam tu sahaja diantara pokok pisang liar itu. Aku dan ude cepat2 panggil mak su keluar dan balik sekarang juga, rasa tak berani nak tunggu lama-lama.

masa berjalan kerumah semula aku dan ude cepat sungguh langkahnya sampai mak su di belakang marah-marah kerana cepat sangat tingalkan dia di belakang...

dah dekat rumah baru aku dan ude bercerita, selepas tu mak su sound setepet...'kalau korang tinggalkan aku tadi memang aku rotan sorang-sorang....' :D