Thursday, September 27, 2012

...aku tak mahu tidur selubung lagi...


dulu aku gemar berselubung dengan selimut masa tidur. Mungkin dah jadi habit, kadang2 kena tegur juga dengan orang tua, selubung macam apa je dalam bilik, tapi tak tahulah...memang dari kecil macam tu. Tapi sekarang tidak lagi, kerana ada cerita disebalik 'kenapa aku tidur dah tak mahu selubung lagi,' walaupun waktu malam sejuk, aku akan selimut paras lutut sahaja kdg2 selimut hanya perhiasan atas katil.

kisahnya masa tahun 1995, aku masih bersekolah menengah lagi. Malam tu rasa nak tidur awal. Sebenarnya bilik aku yang besar tu asalnya dua bilik tapi dipecahkan dinding tengah dan sebelah lagi di buat bilik sembahyang. Kebetulan berhadapan bilik aku ada tanah luas, sudah di tebas dan ingin buat tanaman pokok pisang..sedangkan dari kecil aku tengok tanah tu memang dah lama terbiar.

Tak ada apa2 yang pelik waktu tu, cuma sejak2 kawasan tanah ekar tu di bersihkan macam2 yg berlaku cuma mgkin secara kebetulan..tapi cerita-cerita itu akan aku ceritakan di entri yang lain nanti. 

Keluarga aku ada yang tidur diruang tamu, bilik tu aku tak kongsi dengan sesiapa, ada juga bilik lain tapi semua di depan hanya bilik aku je bilik belakang, masa baru je aku berbaring, macam biasa aku akan selubung,tutup sampai kepala, tiba2 masa aku nak terlelap aku terdengar seperti bunyi cicak jatuh ke lantai papan (rumah separuh papan dan batu),sekali shj. Seterusnya aku terdengar seperti orang memijak lantai papan kat tengah2 ruang bilik sembahyang tu.

Aku ingatkan adik aku main2..tapi kalau dia masuk, aku akan tahu sebab pintu betul2 di kepala katil bujang aku ni, tapi aku diam sahaja. Tapi bunyi langkah kaki tu makin lama makin dekat tapi di ikuti bunyi nafas kuat tapi perlahan-perlahan. Tak tahu aku nak gambarkan bagaimana tapi bunyi tu memang bunyi nafas haaa...haaa...haaa...

makin lama makin dekat kat kanan aku betul2 kat telinga kanan sebab belah kiri aku dinding bilik. Aku baca ayat Kursi berulang2 kali sebab masa bunyi nafas tu dekat kat telinga kanan aku ni, bulu roma aku dah meremang, tak dapat aku bayangkan 'apa' di luar selimut aku ni yang hanya jaraknya sejengkal sahaja dari aku. Bunyi tu bukan bunyi nafas manusia..apatah lagi nafas adik aku yg waktu tu sekolah rendah.

bila 'dia' makin hampir lagi laju aku baca ayat kursi, tak tahu dah berapa kali aku ulang baca, lepas tu dia pusing 1 bulatan ke arah bunyi mula2 aku dengar tadi...

perlahan sedikit aku baca kursi, aku ingatkan sekali tu sahaja dia bernafas dekat dengan aku tapi dia ulang balik ke arah aku entah lebih dari 9 kali pusingan jadinya 9KALI 'DIA' BERNAFAS DEKAT TELINGA KANAN AKU!'

masa tu seram, berpeluh tak dapat gerak hanya Tuhan shj yang tahu, aku leh dengar degup jantung aku laju, berpeluh2 dalam selimut, badan memang keras tak dapat gerak, hanya mata aku liar dalam gelap selubung tu, bila dengar nafas dekat di telinga hanya lidah aku dan hati sahaja leh baca ayat kursi, mulut nak bukak baca kuat dan memanggil keluarga aku diruang tamu pun tak boleh.

sampai aku dah terbayangkan apa benda la kalau aku keluar dari selimut ni, sebab aku tekad nak lari dah. Mana tahan nak tunggu apa2 dari 'benda' tu, giler!

pintu dekat kat kepala katil kalau lompat sekali pun memang sempat tapi kalau badan dah keras nak angkat tangan ketuk2 dinding papan sebelah kiri aku ni pun tak larat apatah lagi nak bangun lari keluar bilik.

aku baca ayat kursi tak berhenti2, selimut aku tebal aku tak nampak apa2, lepas lebih 9 kali dia pusing datang balik kearah aku lama2 bunyi nafas tu hilang perlahan2 tapi aku tak bukak selimut, yelah..manalah tahu dia diam dan tunggu di sebelah katil, mahu pengsan aku..

bila rasa dah leh gerak aku lompat katil ke pintu dah tak tengok apa2 dah, pergi ruang tamu, nasib baik famili aku ada yang tak tidur lagi walaupun tv dah tutup, mereka semua terkejut sebab tengok muka aku pucat dan tak dapat berkata-kata apa yg dah terjadi.

aku perlahan2 cerita, mak aku bawak aku sekali ke bilik semula, tapi masa mak aku masuk pun dia rasa bulu roma tiba2 naik dan seram. Tapi malam tu aku memang tak tidur bilik tu sampai seminggu, tidur ngn adik2 diruang tamu.

Aku tak tahu apa benda tapi kat dinding bilik aku, dinding ada kesan tapak tangan, xde warna tak ada kesan timbul tapi boleh tengok bentuk tapak tangan tu warna dinding rumah tapi lebih pudar dari cat yang lain dalam bilik tu.

sejak hari tu sampailah hari ini, aku pergi mana2 sekali pun walaupun dirumah sendiri aku tak akan tidur berselubung lagi...
 

...berlari...


ada satu kisah yang aku nak kongsikan kali ini, masa ni berada di kampung, bilik aku betul2 dekat dengan pokok jambu, seperti yang kita tahu, dahan pokok jambu memang liat dan nak patah kan pun bukan senang.


masa tu jam menunjukan 10.30mlm..aku masih ingat lagi, kat luar hujan rintik2 mula turun, disusuli dengan dahan pokok jambu tu bergesel dengan daunnya kemungkinan angin...aku mula2 tak rasa apa-apa...

tetapi mula rs lain macam bila aku dapat dengar dengan jelas seolah2 ada sesuatu yang memanjat...aku amati betul2..angin atau bukan...sebab bunyi2 dahan tu seolah2 ada sesuatu yang berat mgkin berat dari manusia..

selepas tu bunyi benda jatuh dr pokok jambu tu..kuat sgt bunyinya memang berbunyi sesuatu yg sgt besar dan berat...aku selubung...takutnya satu macam...selepas itu aku terdengar bunyi berlari pula, seolah2 orang berlari  tak pakai kasut tapi bunyi kuat betul di tanah..dup..dup..dup..berlari kesana kemari..nak kata anjing bukan..tapi takkanlah kuda..logik lah sikit..

tepi rumah ada simen lebih dan ada longkang..aku terdengar benda tu berlari di lantai pula...aku tak dengar kasut tapi aku dengar bunyi seperti kuku...berlari2...aku tak pasti benda apa tapi selepas puas benda tu berlari sekeliling..terus aku terdengar bunyi angin seolah2 bunyi puting beliung kecil,aku diam sahaja sampai tertidur...

Wednesday, September 19, 2012

...bayangan putih...



sekitar tahun 1993 dikawasan setinggan, aku mengikut keluargaku kerumah ibu saudara, kebetulan anak sepupu kepada suami ibu saudaraku itu mengadakan majlis perkahwinan.

dahulu bila kawasan setinggan selalunya tempat yang kerap berlakunya banjir kilat..setiap rumah memang tiada tandas yang ada hanya bilik air sahaja. Jadi penduduk kampung akan buat tandas seberang anak sungai dibelakang kawasan kampung. Bila malam selalunya memang tak ada siapa akan ke tandas tu kerana tempat dan kawasan yang agak berbahaya bagi aku...

kena bawak baldi sekali tapi tidak lah jauh sangat cm bila malam agak seram bila nak seberang anak sungai dengan titi kayu yang aku rasa tak berapa kukuh, jadi malam tu aku dan sepupu jadi peneman sebab mak su aku sakit perut, cuma kali ini tumpang tandas dirumah jiran (kira saudara juga), sebab jiran tu bt tandas tinggi betul...belakang rumah dia...berbekal kan baldi, lampu suluh aku dan sepupu (lelaki) ude, berjalan sambil suluh dimana2 sahaja. Dibelakang rumah lampu dapur ada, jadi tidak lah rasa apa2, dan sepupu aku seorang lagi nak teman, tapi dia sibuk tengok anak ikan di tepi2 tebing sungai itu, lagipun baru lepas hujan lebat tapi masih renyai-renyai lagi.

aku dan ude tengok sekeliling, berhadapan aku sungai dan seterusnya tandas gelap yang penduduk selalu guna itu, dibelakang sana lagi ada pokok2 pisang liar dan seterusnya belukar.

aku perhatikan sepupu aku achik asyik dengan anak ikan ditebing sungai, berkali2 memanggil2 kami berdua untuk tengok sekali, tapi aku  dan ude buat tak layan sebab tak berani nak ke tepi tebing tu, lagipun  mak su dah pesan tadi jangan berdiri jauh-jauh.

aku dan ude terdengar dalam belukar di balik deretan pokok pisang macam bunyi orang berjalan..tetapi lebih kepada bunyi seperti mengheret kayu, aku pandang ude...dan seperti ude pun nampak dia memandang semula ke arah bunyi itu, seolah-olah kami terpaku menunggu apa yang akan keluar dari belukar itu, dan belukar itu tingginya seperti lelaki dewasa dan kami berdua jelas nampak belukar tu bergerak-gerak seperti menuju kearah kami.

si achik masih lagi memanggil2 kami untuk lihat anak ikan yang ntah betul ntah tidak tu, kami berdua masih terpaku seolah-olah ingin tahu apa dan siapa yang akan keluar dari belukar yg bergerak2 tu.

betul2 keluar dari belukar tu bayangan putih tetapi tidak terus ke arah kami, aku dan ude terkejut tapi seolah2 terpaku tak boleh lari, si achik dah start diam rupanya dia pun nampak tapi dia dah lari dulu, sampai lampu suluh pun tertinggal itu belum di kira selipar dia lagi yg dah tercampak entah kemana.

elok sahaja bayangan putih tu lalu terus ke arah deretan pokok pisang dan hilang macam tu sahaja diantara pokok pisang liar itu. Aku dan ude cepat2 panggil mak su keluar dan balik sekarang juga, rasa tak berani nak tunggu lama-lama.

masa berjalan kerumah semula aku dan ude cepat sungguh langkahnya sampai mak su di belakang marah-marah kerana cepat sangat tingalkan dia di belakang...

dah dekat rumah baru aku dan ude bercerita, selepas tu mak su sound setepet...'kalau korang tinggalkan aku tadi memang aku rotan sorang-sorang....' :D


Monday, September 10, 2012

...berat sama dipikul...

 

Aku ada seorang sahabat, dan pengalaman berkaitan alam ghaib ini macam-macam boleh dengar dari dia. Demi menjaga persahabatan kami, cerita tentang siapa dia aku elak kan dari menulis disini. Tetapi dia mengizinkan pengalamannya dikongsi bersama di blog aku ini untuk tatapan para pembaca. Katanya kita mmg hidup dikelilingi benda² dan kejadian mistik ni, cuma kita sedar dgn tidak sedar sahaja. Katanya lagi tidak semua orang suka akan cerita-cerita seperti ini, tetapi bacalah dengan minda yang terbuka..ingat tu, minda  yang terbuka.

...'Seperti baru² yg berlaku dikampung halamannya, ayah dia dan 5 org lelaki pergi ke kebun untuk menebang pokok kelapa sawit yg besarnya dlm 2 pemeluk org lelaki dewasa, tebang dgn mengunakan mesin dan parang besar. Proses menebang pokok sawit tersebut dan  proses mendpatkan umbut sawit itu memakan masa dalam 2 jam. Selepas selesai menebang selalunya diangkut pula ke atas lori 1 tan. 

Sampai dirumah bapa kata masih tidak mencukupi, perlu tebang sepokok lagi. Abg sulung aku pun pergi lah dulu kekebun, yg lain kata nanti menyusul..dalam setengah jam lebih abg aku balik sambil memikul umbut sawit. Semua org yg ada kat rumah masa tu terpinga².. pelik sbb abang aku balik cepat... sedangkan yg nak menyusul tu tengah bersiap siap nak pergi tempat menebang tu. Abg aku yg macam baru tersedar ceritakan lah kejadian masa kat kebun..

Abg aku ckp, smpi sahaja dikebun abang aku terus pergi ke pokok sawit yg nak ditebang tu, yang saiz sama mcm yg hendak di dibawa balik. Sambil menunggu yg lain sampai abg aku tebaslah semak² yg ada disekeliling pokok sawit tersebut, masa menebas tu abang dengar mcm suara org memanggil, abg aku menyahut dan bg tahu dia kat mana..masa tu pula hujan renyai².. yg ditunggu tak sampai² pula, abang aku potong sahajalah pokok tu hanya mengunakan parang, 3 kali tetak sahaja pokok sawit sebesar pemeluk lelaki dewasa itu tumbang, abang aku potong pelepah sawit itu pun rasa mcm potong pelepah pisang. Selepas itu abang aku angkat letak kat bahu, rasa berat mcm beras 10 kg shj.. masa turun dan naik bukit tu mmg tak rasa sukar, tp masa dah sampai halaman rumah shj beban yg abg aku bawak tu tiba-tiba terasa berat sangat....hampir terjatuh dari bahu sampai ada 2 org kena tlg angkat...

Abang dia sendiri pun tidak tahu dari mana kekuatan yang dia dapat untuk menebang pokok sawit sebesar itu. Rasa seperti di pukau dia membawa umbut pulang kerumah, bila dah tersedar baru rasa bebanan berat yang dia bawa dari tadi...'
 

 
diceritakan sendiri oleh seorang sahabat
12.05 pagi

...pocong...


Aku tak buka mulut pun bercerita pasal wajah siapa yang aku lihat di cermin tingkap bilik Yan tempoh hari. Takut-takut mereka rasa tak selesa, jadi jalani kehidupan seperti biasa...ingatkan setakat itu sahaja, kali ni terkena pula dekat seorg staf baru masuk, abang zam. Dia ni waktu tu dh berumur 29 thn. Senior sgt dh bg kami yg baru nak cecah umur 20an ni. Dia agak pendiam, suka tersenyum dan bukan jenis terkinja-kinja. Dia memakai cermin mata, agak tebal jugak lah, kebetulan sebelum ni ktorg pernah pergi sama-sama bercuti termasuk bos sekali ke Langkawi, jadi cermin mata abg zam terjatuh dlm laut ms naik bot kerana teruja sangat nak tengok ikan dalam air..hi.hi.hi...

Kebetulan malam tu malam minggu, kami ni suka buat makan-makan tapi selalunya beli lah, muda belia nak kata reti masak sangat tak adalah..jadi ajaklah semua datang termasuk bos dan famili dia selang beberapa rumah je dari hostel kitaorg.

Semua orang dah siap makan tapi masih lepak sembang-sembang ngn bos sekali, tetiba kami nampak abang zam berlari-lari dengan berpeluh-peluh terus terduduk kat tepi pintu. Muka pucat lesi, kami yang berada disitu pikirkan dia terlewat, sebab dia sahaja yang paling lambat sampai sedangkan dekat sahaja hostel lelaki dengan rumah kami.

Bila tanya dia diam sambil tercungap2...bagi minum air shj...makanan dia tak jamah...

Keesokan barulah kami dapat tahu cerita sebenar. Abg zam sebenarnya malam tadi lalu depan hostel lama kami (masih tiada penyewa lg), betul-betul dah nak sampai ke pagar kami berhampiran longkang tu abg zam perasan ada benda putih berdiri, dah lah cermin mata terjatuh dalam air jd dia hanya nampak samar-samar, dia ingatkan kain tapi bila makin hampir dia perasan benda berdiri tu seperti berbonjot diatas kepalanya. Dan kain betu-betul di muka terbuka sedikit tetapi dia tak nampak lebih jelas tang muka tu.

Sebab itu dia berlari ketakutan, katanya benda tu sgt2 tinggi. Berdiri tegak menghadap ke pokok besar depan hostel kami yang baru ni...

Ingat kan dah habis cerita-cerita mcm ni..tapi makin menjadi-jadi..

 

Sunday, September 9, 2012

...wajah siapa?...


Aku tak mahu bercerita pada semua yg tinggal kat hostel tu...cukuplah mereka selalu diganggu dengan bermacam-macam benda yang pelik2..tapi bila 'benda' tu dah mula ganggu kawan aku si Yan, dengan mengalihkan dia yang sedang tidur di sofa kat ruang tamu, lantas ke depan pintu bilik dia, sudahnya semua kecoh semula.

Mereka ni pun satu, diam-diam sudah la. Tapi bagi aku mungkin aku yang tersilap tengok sbb pikir yang bukan-bukan dan kemungkinan Yan tu mengigau berjalan masa tidur...kita pun tidak tahu. Cuma berjaga-jaga sahaja lah.

Kini ketua hostel digantikan dengan Kak Mira. Kak S dh berhenti sebab tak tahan di ganggu. Kak Mira org baru tapi dari cara dia memang ramai yang suka. Dia pun tak tau sgt cerita tentang gangguan2 di rumah lama..sebab aku pun tak mahu menakut2kan mereka. Sesetengah orang ni tidak boleh terima bila kita cerita pasal benda-benda halus jadi kita hormat pendirian mereka.

Setakat kelibat2 diruang tamu, dapur, bilik air dah mula ternampak oleh kawan-kawan lain..cuma tidak lah seperti di rumah lama. 

Ada satu malam, aku pun sendiri tak teringat hari apa, yang pastinya semua ada dirumah tp mereka melayan mata tengok cerita terbaru diruang tamu..aku tengok juga tapi macam tak kena ngn jiwa je.

Aku terasa nak naik ke bilik nak ambil angin di balkoni. Ntahlah tak tahu perasaan tu tetiba je nak layan jiwa. Aku berdiri betul-betul depan pintu belakang bilik aku mengadap keluar...berhadapan pokok besar tu, waktu bulan terang dan tidak adalah rasa apa-apa..lgpun balkoni tu luas, owner buat sama jaraknya dengan garaj kereta di bawah. 

Tengah aku termenung aku terdengar bunyi di kanan aku betul-betul di bilik Yan dan Siti. Tak pasti bunyi apa, aku menoleh sekali dan menoleh lagi sebab ternampak jelas wajah perempuan di tingkap bilik Yan. Terkejut kerana wajah tu bukan wajah kawan-kawan aku. Dengan cepat aku terus buka pintu belakang bilik Yan nak pastikan siapa, aku tgk sekitar bilik mereka kosong, tiada siapa, memang lampu dibuka selepas itu aku terkejut sebab Siti baru nak masuk kebilik terkejut juga nampak aku.


'cari apa?' tanya Siti sambil berkerut dahi.
'xde apa2 lah...tapi sebelum kau sapa yang naik ke ats?' tanya aku.
'xde sapa, tadi kau pastu ni baru aku, nak amek bantal. kenapa? muka Siti dah mula cuak...

aku tutup pintu bilik dia, aku perhati balik cermin tingkap dimana aku ternampak wajah tadi. Cermin tingkap biasa, aku tak puas hati aku tak mahu pikir yang bukan-bukan tapi jelas logiknya memang aku nampak kepala terjulur keluar dari tingkap ni tadi sambil tersenyum pada aku.

Cermin tingkap tu cermin biasa yang ada palang besi tgh2 disetiap tingkap. Nak di ikutkan kepala orang dewasa mana boleh masuk, lagi satu wajah tu bukan wajah kawan-kawan aku. Jelas aku boleh lihat wajah itu seiras-iras wajah perempuan campuran berbangsa cina@Melayu, berkulit cerah dan matanya sangat cantik...