Showing posts with label rumah teres dua tingkat. Show all posts
Showing posts with label rumah teres dua tingkat. Show all posts

Monday, September 10, 2012

...pocong...


Aku tak buka mulut pun bercerita pasal wajah siapa yang aku lihat di cermin tingkap bilik Yan tempoh hari. Takut-takut mereka rasa tak selesa, jadi jalani kehidupan seperti biasa...ingatkan setakat itu sahaja, kali ni terkena pula dekat seorg staf baru masuk, abang zam. Dia ni waktu tu dh berumur 29 thn. Senior sgt dh bg kami yg baru nak cecah umur 20an ni. Dia agak pendiam, suka tersenyum dan bukan jenis terkinja-kinja. Dia memakai cermin mata, agak tebal jugak lah, kebetulan sebelum ni ktorg pernah pergi sama-sama bercuti termasuk bos sekali ke Langkawi, jadi cermin mata abg zam terjatuh dlm laut ms naik bot kerana teruja sangat nak tengok ikan dalam air..hi.hi.hi...

Kebetulan malam tu malam minggu, kami ni suka buat makan-makan tapi selalunya beli lah, muda belia nak kata reti masak sangat tak adalah..jadi ajaklah semua datang termasuk bos dan famili dia selang beberapa rumah je dari hostel kitaorg.

Semua orang dah siap makan tapi masih lepak sembang-sembang ngn bos sekali, tetiba kami nampak abang zam berlari-lari dengan berpeluh-peluh terus terduduk kat tepi pintu. Muka pucat lesi, kami yang berada disitu pikirkan dia terlewat, sebab dia sahaja yang paling lambat sampai sedangkan dekat sahaja hostel lelaki dengan rumah kami.

Bila tanya dia diam sambil tercungap2...bagi minum air shj...makanan dia tak jamah...

Keesokan barulah kami dapat tahu cerita sebenar. Abg zam sebenarnya malam tadi lalu depan hostel lama kami (masih tiada penyewa lg), betul-betul dah nak sampai ke pagar kami berhampiran longkang tu abg zam perasan ada benda putih berdiri, dah lah cermin mata terjatuh dalam air jd dia hanya nampak samar-samar, dia ingatkan kain tapi bila makin hampir dia perasan benda berdiri tu seperti berbonjot diatas kepalanya. Dan kain betu-betul di muka terbuka sedikit tetapi dia tak nampak lebih jelas tang muka tu.

Sebab itu dia berlari ketakutan, katanya benda tu sgt2 tinggi. Berdiri tegak menghadap ke pokok besar depan hostel kami yang baru ni...

Ingat kan dah habis cerita-cerita mcm ni..tapi makin menjadi-jadi..

 

Sunday, September 9, 2012

...wajah siapa?...


Aku tak mahu bercerita pada semua yg tinggal kat hostel tu...cukuplah mereka selalu diganggu dengan bermacam-macam benda yang pelik2..tapi bila 'benda' tu dah mula ganggu kawan aku si Yan, dengan mengalihkan dia yang sedang tidur di sofa kat ruang tamu, lantas ke depan pintu bilik dia, sudahnya semua kecoh semula.

Mereka ni pun satu, diam-diam sudah la. Tapi bagi aku mungkin aku yang tersilap tengok sbb pikir yang bukan-bukan dan kemungkinan Yan tu mengigau berjalan masa tidur...kita pun tidak tahu. Cuma berjaga-jaga sahaja lah.

Kini ketua hostel digantikan dengan Kak Mira. Kak S dh berhenti sebab tak tahan di ganggu. Kak Mira org baru tapi dari cara dia memang ramai yang suka. Dia pun tak tau sgt cerita tentang gangguan2 di rumah lama..sebab aku pun tak mahu menakut2kan mereka. Sesetengah orang ni tidak boleh terima bila kita cerita pasal benda-benda halus jadi kita hormat pendirian mereka.

Setakat kelibat2 diruang tamu, dapur, bilik air dah mula ternampak oleh kawan-kawan lain..cuma tidak lah seperti di rumah lama. 

Ada satu malam, aku pun sendiri tak teringat hari apa, yang pastinya semua ada dirumah tp mereka melayan mata tengok cerita terbaru diruang tamu..aku tengok juga tapi macam tak kena ngn jiwa je.

Aku terasa nak naik ke bilik nak ambil angin di balkoni. Ntahlah tak tahu perasaan tu tetiba je nak layan jiwa. Aku berdiri betul-betul depan pintu belakang bilik aku mengadap keluar...berhadapan pokok besar tu, waktu bulan terang dan tidak adalah rasa apa-apa..lgpun balkoni tu luas, owner buat sama jaraknya dengan garaj kereta di bawah. 

Tengah aku termenung aku terdengar bunyi di kanan aku betul-betul di bilik Yan dan Siti. Tak pasti bunyi apa, aku menoleh sekali dan menoleh lagi sebab ternampak jelas wajah perempuan di tingkap bilik Yan. Terkejut kerana wajah tu bukan wajah kawan-kawan aku. Dengan cepat aku terus buka pintu belakang bilik Yan nak pastikan siapa, aku tgk sekitar bilik mereka kosong, tiada siapa, memang lampu dibuka selepas itu aku terkejut sebab Siti baru nak masuk kebilik terkejut juga nampak aku.


'cari apa?' tanya Siti sambil berkerut dahi.
'xde apa2 lah...tapi sebelum kau sapa yang naik ke ats?' tanya aku.
'xde sapa, tadi kau pastu ni baru aku, nak amek bantal. kenapa? muka Siti dah mula cuak...

aku tutup pintu bilik dia, aku perhati balik cermin tingkap dimana aku ternampak wajah tadi. Cermin tingkap biasa, aku tak puas hati aku tak mahu pikir yang bukan-bukan tapi jelas logiknya memang aku nampak kepala terjulur keluar dari tingkap ni tadi sambil tersenyum pada aku.

Cermin tingkap tu cermin biasa yang ada palang besi tgh2 disetiap tingkap. Nak di ikutkan kepala orang dewasa mana boleh masuk, lagi satu wajah tu bukan wajah kawan-kawan aku. Jelas aku boleh lihat wajah itu seiras-iras wajah perempuan campuran berbangsa cina@Melayu, berkulit cerah dan matanya sangat cantik...

Thursday, September 6, 2012

...saya ikut sekali yer...


Entah macamana hari itu bos aku yg duduk selang 2 buah rumah memberitahu pd kami yg dia dah pun carikan rumah baru untuk kami berpindah. Rasa lega tak payah cakap lah, masing2 tersenyum sesama sendiri seolah2 sudah ada jalan penyelesaian.

Tapi hostel lelaki masih kekal di situ memandangkan hostel kami sahaja yang selalu diganggu. Yang mengejutkan kami bukan kerana apa, rumah yg baru itu sebenar 2 buah rumah sahaja dari hostel asal ini. Bagi aku itu belum cukup benda tu tak akan menganggu, mungkin ada banyak lagi gangguan2 mcm biasa tu. Tapi kita harus pikir yg elok2 shj. Disini aku sertakan lakaran hostel lama dan hostel baru tu.

Rumah kosong itulah yang akan menjadi hostel baru kami, sudahlah kedudukannya dihujung jalan mati, apatah lagi berdekatan dengan kawasan paya...ngam-ngam depan pokok besar. Tidakkah kita rasa apa-apa? heh...

Akhirnya kami berpindah, tapi aku kira waktu berpindah tu dah ramai orang2 lama sudah pun berhenti kerja. Yang ada pun org lama hanya aku, Yati dan Nina sahaja, selain kami ada lah lagi budak baru masuk kerja tapi itupun bersilih ganti paling lama pun setahun selebihnya hanya 2 3 bulan shj.

Pernah juga aku bertanya pada jiran2 disekeliling mengenai rumah yang kami tinggal itu. Selalunya kisah-kisah lama hanya diketahui oleh penduduk asal sahaja. Bagi kami yang menyewa (syarikat tmpat kami yg bayarlah :) )mungkin tidak tahu cerita. Tidak ada cerita2 pelik atau seram untuk dikaitkan dengan rumah yg kami tinggal itu, tetapi tidak mengapalah janji kami dapat keluar dari terus menghuni rumah teres dua tingkat itu.

Bila sudah berpindah, hanya bertahan dalam 2 minggu, kejadian pelik masih ada cuma cara yang berbeza. Tidaklah aku kata pengalaman ini terlalu seram bagi sesetengah org, tetapi bagi yang mengalaminya, yang tidur dan tinggal didalam rumah itu, tahu perasaan seperti tidak senang hati sentiasa ada. 

Rumah yang baru ini setahu aku owner dia melayu. Tapi aku tak pernah jumpa, segala urusan di buat oleh bos aku, jd tak perlulah ambil tahu. Kali ini kemungkinan ramai sgt yg bekerja budak-budak baru habis belajar, jadi hubungan kami memang sangat akrab. 

Pernah sekali kami pakat tidur dalam bilik sebelah. Bilik Siti dan Yan. Seingat aku dalam 5 orang. Aku, Siti (1), Siti (2), Yan dan Liza. Dulu bentang tilam 3 tidur 5 orang, jadi sambil sembang-sembang tertidur. Kebetulan siang tu kami bergotong royong membersihkan kawasan rumah. Penat seharian tertidur awal.

Seingat aku, aku terjaga seperti terdengar sesuatu (aku memang mudah terjaga tengah malam). Kebetulan aku tidur di tepi dinding belah kiri, jadi dalam samar-samar cahaya lampu jalan dan lampu balkoni di luar rumah tu aku boleh lihat mereka tengah sedap-sedap melayan mimpi. Tengah aku angkatkan sikit kepala menjenguk mereka, aku ternampak 6 kepala, tapi seingat aku 5 orang shj tadi. Kemungkinan ada yg masuk join sekali agaknya. Aku lihat kaki, terkejutnya aku sebab kaki hanya ada 5 pasang. Yer, mungkin yang baca akan kata seorang tu kaki dalam selimut, kami tak pakai selimut pun. Tetapi 5 orang tidur sekali dengan badan kurus melidi bukan jauh sangat jaraknya kalau kita nak tengok kan. Aku tak mahu pikir benda tu boleh datang ke rumah ini, tapi bila tgk betul2 kepala tu betul2 terselit diantara kepala Siti (1) dan kepala si Liza. Jelas kelihatan rambutnya yang panjang tertutup muka..aku tengok perlahan2 dari bahu kawan aku si Siti (2), sah benda tu berbaju putih berkain batik merah.

Sangat kenal siapa itu kan? Aku baca apa yang aku tahu termasuk lah ayat Kursi..pejam mata kecil2kan mata balik baca lagi sampai tertidur. Seingat aku yg kunci pintu dari dalam aku sebelum tidur tadi. Yang kat luar tak boleh masuk sebab mereka tak ada kunci, lagipun tuan bilik tu si Yan dan Siti (1), mereka pun dalam bilik tu tidur sama-sama. Aku yang bangun dulu pagi tu, aku tgk cukup 5 kepala dan 5 psg kaki termasuk aku. Tgk tombol pintu pun masih berkunci mcm sebelum tidur malam tadi...

Dia pindah sekali ke?

 


Tuesday, September 4, 2012

...kaki siapa?...




selama tinggal dirumah tu, kadang2 sendiri pun xsedar apa2 yang berlaku...dan bergilir2 lah warga hostel diganggu...kadang2 bilik aku, kadang2 bilik depan...

kak S mcm biasa tinggal seorg diri dalam bilik ditingkat bawah..masih tiada rakan sebilik sebab pekerja semuanya silih berganti...budak2 baru yg terkena kebanyakkannya dh berhenti kerja...yg betul2 nak kerja shj yg menyewa diluar, mereka mampu lagipun mereka dah lama  bekerja...kena yg kami baru2 lbh2 mcm aku ni..xdelah lagi nak menyewa...terpaksa je berjaga2...

selain bunyi-bunyian ditingkat ats dan bawah ada juga yg terasa seperti tilam di pijak sesuatu...bila mereka tidur mengiring ke kanan atau ke kiri..selalu kena kak S lah...kadang2 benda tu melompat2 ats tilam..bayangkan tilam org bujang...nipis sgt...bukan nyer ada katil..tidur di bawah shj...tapi leh rasa ada benda pijak2 ats tilam kita di waktu malam...seriau tak payah cakap...

pernah sekali kami selepas pulang kerja selalunya bila dh jam 10mlm ke ats lebih gemar berjalan kaki ramai2 pergi ke gerai makan nasi lemak berdekatan perumahan tu...balik pun kdg2 asing2...tp kali tu kami masing2 bergerak sama2...sampai dirumah layan mata sembang2 lagi kat ruang tamu...ada je cerita2 best ms kerja siang tadi...tapi bab seram2 xdelah cerita...

ada yg baring-baring, pergi dapur cari kudapan lagi, aku duduk di sofa dgr kakak2 senior bercerita...tiba2 terdgr bunyi pintu di tutup di tingkat atas...yer...sebagai manusia normal...kita akan terpikir angin punya angkara...ok..setakat itu..tapi sebagai warga hostel kami tersgt sensitif dgn bunyi-bunyian ni...masing2 diam ada yg mula duduk rapat, yang baring dah bgn duduk di sofa sekali...mata masing2 tertumpu ke arah anak tangga yg paling atas...dan aku pandang kwn2 serumah...mengira siapa ada dan yang xada..cukup...12 org...(ada budak baru masuk jd warga bertambah waktu tu), terpikir juga manalah tau orang masuk rumah...tapi mustahil...sbb pintu semua terkunci ms kami sampai tadi..aku yg buka pintu..

yer sangkaan kami tepat...bukan manusia...masa keadaan sunyi tu, masing2 tertumpu pd anak tangga paling ats..sbb tangga rumah ni berbentuk L..jadi kami hanya boleh tgk anak tangga paling atas tu dari sisi shj...

seperti tahu kami melihat ke arah tu tiba2 kami semua ternampak kaki...yang memijak anak tangga...tetapi seketika diangkat semula seperti tidak jadi turun...apa lagi semua yg ada menjerit2 menyorok dibelakang kawan2...nak lari memang kaki bagai di gam...aku...selalunya kalau berhadapan kejadian seram ni mata akan selalu berair...bukan menangis tapi mata rasa jd panas tapi tak pedih...aku pun penakut juga...apatah lagi mereka...(seram waktu tu)

dh perlahan2 kami keluar ke depan rumah...masing2 takut dan aku tgk2 ke tingkat ats...manalah tau ada yg nak main2kan kami...kebetulan budak2 hostel lelaki baru balik, kami nampak dr jauh mereka berjalan...semua ada 9 org...kalau mereka nak mengusik pun xkanlah cepat betul mereka lari...tapi yang kami nampak bukan kaki lelaki..

mereka pun bertnya dah masing2 xberani nak naik ke tingkat ats...tanya seorg demi seorg kot2 ada yg lemah semangat nanti panik juga..alhamdulillah masing2 cuma dlm keadaan terkejut dan takut2 shj tp xmemudaratkan..baca apa yg kami tahu dh jam menunjukan 3 pagi baru kami berani masuk semula ke rumah tapi itu pun setakat di pintu...tgk2...yer...masih ada rasa seram...

kami hnya bersembang2 diluar rumah...budak2 hostel lelaki semua dh masuk tidur tp mereka tidur di ruang tamu hostel mereka shj...tglkan abg zul ketua hostel tu..teman kami di luar rumah...aku memang xberani nak naik ke bilik apatah lagi yg lain...

sudahnya esok ada yg amek cuti sbb sakit kepala xtidur semalaman...dh pagi barulah rs nak naik itupun ramai2...rasa baju dgn seluar aku nak terlucut ditarik2 dek kakak2 nih...kalau mereka takut..aku lagi lh takut...

setahu aku pemilik rumah tu berbangsa lain..jadi bila kita nak panggil org bijak pandai untuk halang benda2 ni mereka xberapa setuju..jd tuan rumah dh halang terpaksalah berjaga2 shj tp kami dh minta bos tukar rumah lain..xlarat lah tinggal kat situ...sepanjang ms diganggu..

pernah sekali kazen aku dtg nak jumpa aku kebetulan waktu tu aku M.C jd aku duk dlm bilik je kat tingkat ats..memang xde org sbb semua dh g keje pg td..aku pun pas g klinik dr ofis trs lik rumah dan baru je turun ke dapur ambil cawan dan air nak makan ubat...naik ke bilik kazen msg dh nak smpai hostel, jd aku kata ok la..aku seorg je ni..lgpun waktu tu jam menunjukan 2.40ptg..jd xkan lah benda2 seram leh berlaku di siang hari..tapi aku silap...

dr cerita kazen aku...sampai je dia di depan pintu rumah dia beri salam..dia pikir mgkin aku duduk di ruang tamu...sambil beri salam lagi dia menyelak langsir di tingkap bawah...terus dia ternampak sesusuk tubuh berbadan besar dan berbulu satu badan tengah menyangkung betul2 kat dapur membelakangkan dia...toleh ke xtoleh tu dia xberapa ingat yg dia ingat lepas je dia tgk 'benda' tu dia disergah dgn suara garau...terus dia keluar berpatah balik dan naik bas balik rumah...

aku call xjawab, tak kan lah lama sangat...msg pun xbalas..jd aku pikir xjadi pun x bgtau..trs tidur sbb ngantuk makan ubat...esok nya kebetulan hari ahad jd aku g la kerumahnya sebab hari cuti dan ada hal nak bincang...tgk2 dia demam..masa tu lah dia cerita...ternampak lembaga tu..takut sangat dan dia tak kan ke rumah tu lagi xkiralah waktu siang ke malam...

  

   



Sunday, September 2, 2012

...gangguan berterusan...



makin lama gangguan makin menjadi-jadi...kali ni semasa aku dh hampir setahun tinggal di rumah tu..kak S diganggu pula...bilik dia kat tingkat bawah sekali berdekatan dgn dapur dan dengan bilik air bawah..sebagai ketua hostel, org lain dh tidur dia selalunya yg last sekali masuk ke bilik...

sebelum tu mmg dh lali sangat dgn cara kak F kalau turun tangga dia suka ketuk tapak tangan dia kat pemegang besi tepi tangga tu..dia pakai cincin jadi mmg dh tahu tanpa tgk pun sah lah kak F yg turun...mlm tu kak S berada di dalam bilik..belum tutup lampu dan tidur lagi...dia terdgr bunyi ting..ting...ting...dia pikir mgkin kak F turun nak ke dapur tapi terdgr bunyi pintu bilik air di buka, seterusnya bunyi pam..dan kak S dgr bunyi ting..ting..tu spt biasa naik keats..selang beberapa minit bunyi ting..ting..ting tu masih kedengaran lagi...dan masih sama mcm td bunyi pintu bilik air dan seterusnya pam...bunyi cincin dia diketuk ke pemegang besi tangga tu menuju ke tingkat ats...5 minit selepas itu bunyi yg sama juga berulang..secara logik akal xkanlah kak F pergi ke bilik air selang 5 minit..lgpun tingkat ats ada bilik air juga lg dekat ngn bilik dia...kak S dah rasa semacam..meremang bulu roma..berselubung..tak boleh tidur sebab bunyi tu berlarutan sampai ke subuh..

tanya kak F dia ada pergi tandas bawah ke tidak, katanya ada tp sekali sebelum tidur, kebetulan bilik air ats yati yg guna..selepas itu memang dia tak turun dah...

masing2 dah rasa seram, sebab tak sangka pula kejadian ni makin lama makin kerap berlaku, diganggu seolah2 memang 'dia' tinggal disini...itu belum kira dengan budak hostel lelaki di sebelah...

mereka siap dikejar dengan t-shirt putih yg disidai di bwh..t-shirt tu milik salah seorang penghuni hostel..tapi kalau dh siap terbang tanpa tali dan kejar..sesiapa pun akan lari, lebih-lebih lagi malam hari..

teringat abg zul bercerita..(dia ketua hostel lelaki) mulanya mereka lepak2 smbil main dam...tv rumah rosak..jd bising2 jelah...dlm hostel lelaki ada 9org..semua lari bertempiaran naik ke tingkat ats..smpai ada yg jatuh2 nak selamatkan diri...

t-shirt putih tu memang berterbangan dalam satu rumah..berlegar2 mengejar mereka...jadi mereka terpaksa bersembunyi, berlarutan dekat 2 jam...kebetulan hostel lelaki bersebelahan sahaja dgn hostel perempuan.

kalau hostel kami tidak diganggu, benda tu akan menganggu hostel lelaki..begitulah setiap tahun..selalunya akan berlaku 3 bulan berturut-turut..budak hostel lelaki kebanyakkan nya rumah famili area situ, jd kalau rasa2 takut mereka suka balik ke kampung..tapi kami kebanyakkannya merantau jadi terpaksalah menahan diri dari gangguan2 ni..

aku juga tidak terkecuali...pernah sekali tidur malam aku terdengar bunyi ketukan kecil seolah-olah orang bermain muzik...bunyi tu aku dah lupa bagaimana rentaknya..tapi kalau dengar bolehlah rasa diawangan jer..khayal..serius tak tipu...tapi yg pelik kat dinding sebelah...ok..hostel lelakikan sebelah..jadi aku pikir..bebudak tu nak mengusik ketuk2 dinding dengan besi halus untuk mengeluarkan bunyi menarik untuk takut2kan aku, tapi bila bunyi tu jelas kedengaran didinding ujung kaki aku, seterusnya dinding disebelah kiri pula..dan atas kepala...aku dh syak itu bukan kerja manusia..aku tutup telinga..tak mahu dengar lagi..takut2..khayal dibawa pergi pula...tapi masih kedengaran lagi...aku baca segala ayat yang aku tau..berulang2 kali..tapi bunyi tu masih ada...

malam seterusnya aku dh lali bila dgr nama aku dipanggil setiap kali tgh tidur..kadang2 aku lupa juga..sebab dah mamai kan..tapi selalunya sampai ke pintu aku akan lihat jam didinding..tepat jam 2.35pagi...entah kenapa setiap kali aku dgr apa2 dirumah tu..jam pasti menunjukan waktu tu..

aku akan terus amati bunyi suara memanggil tu..nak tau kawan kita atau bukan..tapi kalau dah panggil nama kita seperti bergema2 seolah2 kita berada didalam gua, aku memang xmenyahut apatah lagi nak buka pintu..tidur balik dan baca lagi, supaya 'dia' tak ganggu sampai ke bilik...


bersambung...


Friday, August 31, 2012

..ketawa menggilai..


seperti entri sebelumnya aku dah dikenalkan dengan wanita misteri tu (mungkin) dengan bunyi lantunan bola di ruang tamu...kali ini lebih rancak lagi...

aku ada seorg kawan yg suka ketawa umpama pontianak harum sundal malam...aku pangil dia Yati, betul aku tak tipu dia gelak memang mengilai...tak tau lah kan...yg aku nak cerita ms tu aku dh ada org baru yg masuk kerja..kn bilik aku je yg ada kosong jd dia jd lah rakan sebilik dan merangkap rakan takut sesama..:)

tidur yg lena tetiba aku tersedar sebab terdgr luar pintu bilik aku bunyi org cakap2..seolah2 di waktu pagi sebelum pergi kerja...yelah msg2 bersiap2 kan didepan bilik aku tu disediakan tmpat mengosok pakaian..jd mmg selalu riuh rendah lah..dan ms aku bangun nak pergi buka pintu (mcm selalu di buat nak ke bilik air) tangan aku dah nak pegang tombol pintu aku tiba2 rs semacam, sbb aku terdgr gelak ketawa mengilai spt yati kat luar sana..makin lama makin kuat, dlm hati berkata eh semacam je? tgk jam di dinding...tepat2 kul 2.35pg...dan spt sebelumnya aku diganggu pun jam menunjukan 2.35pg...eh xkan diorg bgn awal nak bersiap g keje..giler ke hape? ni ayam pun xbangun lagi nih...perlahan2 aku berundur..gelak tawa tu makin lama makin kuat..leh dgr 1 rumah...terus selubung...baca ayat yg aku tahu...tgk member sebelah tidur berdengkur2...nampak sgt nak mengusik aku wanita misteri tu...

esok bgn kerja tgk jam dulu, dh xberani nak terus bgn..dgr bising2 mcm sama je kul 2.30pg td..tp kali ni terang..perlahan2 aku mengintai..erm betul lah kawan2 aku...alhamdulillah aku tak demam ke hape..cuma benda pertama aku cakap pagi2 tu..'YATI..TOLONG LEPAS NI JGN GELAK MCM HANTU LAGI..'

lepas bercerita kat semua, aku perhatikan yati dh tak gelak mcm tu lagi selepas tu..mungkin dia pun takut..dan dh sedar dia gelak mcm tu nampak sgt tak cool...

bersambung...




...gangguan masih ada...



satu persatu cerita aku dgr...dr kwn2 yg tgl dlm rumah teres 2 tingkat ni..bukanlah kata aku xpercaya lansung, tp jgn terlalu percaya sampaikan angin yg lalu pun kata 'benda halus'tu...

setiap org akan pernah mengalaminya...dan aku jenis selagi aku tak terasa apa2 nak percaya sgt pun susah..tp kita pun dh tau kat alam ni ada makhluk lain yg ada selain kita...jd apa yg mereka cerita aku angguk2kan shj...

siti juga pernah terkena dan dia mengikuti jejak Ana, terus keluar hostel dan menyewa ditempat lain..cuma bezanya dia xcakap besar...kali ni dia tidur seorg diri...ms tu rakan sebilik dh pun berpindah..siapa lagi kalau bukan kak N, (dan bilik tu aku tgl seorg diri selepas dia) tidur tengah2 malam dia terjaga sebab dikejutkan dengan suara garau menyebut..'hey...'

kebetulan tidur terlentang, jd bila buka mata akan nampak siling dulu..lembaga besar berbulu menghadap dia, bermata merah...pun sama sampai pengsan dan pergi berubat...kesian pun ada bila dgr cerita kawan2 satu persatu...aku mcm biasa perhati dan cari punca kenapa dan mengapa...

bila dah 2 3 bulan aku baru perasan, rumah ni diorg jarang berkemas...erm bukanlah kata aku ni pembersih sgt, tapi rumah ke apa ke kalau x bersih kan benda2 mcm tu selalu suka..lebih2 lagi tempat ramai org...bila siang manusia bising bila malam mereka ambil alih...percaya? xpercaya terpulang...jd makin lama aku cb bercakap pelan2 dgn yg lain...selalunya apa jua yg terjadi ada sebabnya..xsemestinya rumah tu berhantu ke ada org hantar ke atau apa...kita pun xtau...kita nak ubah benda tu pun xboleh jd kena ubah diri kita dahulu...jd sejak hari itu perlahan2 ada yg dh nampak perubahan, ada yg reti dh ambil penyapu, mop dan sbgnyer..

aku sendiri pernah terkena...terkena tak mcm mereka...tp waktu tu ptg ahad..ambil masa bermain bola baling depan rumah ramai2..budak2 hostel lelaki sebelah pun join, bos pun stay area tu join sekali anak bini...ok lah kan..bila dh malam tu lepak2 di ruang tamu...penat xhenggat..akak2 dan kwn sebaya nak tidur kat ruang tamu je..

dh tgh2 malam (pg ler..dlm kul 2 lbh) aku terdgr bunyi bola lantun2 kat ujung kepala aku..lantun perlahan2...kita tak pikir apa..pikir sp lah bising ni..tp aku tnmpak jam di dinding...kul 2.35pg...semua tgh baring sbb buka lampu dapur..leh la nampak org jalan ke tidak...perlahan2 aku jeling2 je lah kat bola yg aku letak kan di tepi penjuru dekat ngn tangga...aku nampak bola tu xgerak pun...tapi bunyi bola melantun tu makin laju...

aku tutup mata baca ayat qursi..sampai tertidur...esok bgn tnya kenkwn dgr tak...semua dgr...ingatkan aku seorg..so bukan aku yg bt cerita...jd skang br aku alami betul2..jd cerita mereka bukanlah tipu atau sj2 seronok...kali ini aku pulak yang selalu terkena...mcm diorg kata..orang baru dia lebih suka berkenal-kenalan...cuma cara yg berbeza2..

dalam hati selalu aku kata...aku tak kacau kau..jgn kau kacau aku..itu je..

bersambung...

Thursday, August 30, 2012

...ye ke ada hantu?...


...seingat aku pernah di nasihatkan oleh orang tua2, kalau pergi ke satu tempat jgn tegur atau saja2 teringin nak berjumpa 'benda2 halus' ni...tetapi kat rumah teres 2 tgkat yg aku tgl bersama2 pekerja di tmpat ni selalunya yg mendiami pasti akan terjumpa, tak byk kali, sekali pun mereka akan terkena...sbg org baru selalu aku diingatkan spt entri sebelum ini...jgn itu dan jgn ini...makin lama msg2 dh berani bercerita pengalaman sndiri pd aku...

sebelum aku tau wanita misteri ini pernah seorg bekas pekerja kat situ bernama ANA (bukan nama sebenar), bertentang mata dgn wanita misteri itu...betul lah kata org tua2..kalau ilmu didada tidak smpai kemana...jgn lah berani2 untuk meminta2 atau ingin bertemu dgn wanita misteri tu...hal2 ghaib ini kita sndiri tidak tau lbh baik buat tak tahu...percayalah kalau belum bersedia jgnlah memandai2 nak tgk rupa2 mereka...(aku tgk cencorot pun aku takut, hihihi)

Ana ni mmg dh lama jg tgl kat rumah tu dgn akak2 senior yg lain, tetapi hanya dia yg belum berjumpa, tetapi krn dia bukan jns yg percaya tntang benda2 halus ni, dia selalu perlekeh2kan cerita org lain...ye lah kalau tak percaya pun jgnlah cakap besar..1 hr tu dia dgn berlagaknyer cakap..'eh dunia skang ni mn ada hantu? korang2 ni apa lah...aku dh duk lama kat cni xpnh jumpa pun..korang je yg takut2 ntah hape2...ntah2 sj reka cite..kalau betul lah kan ada hantu aku teringin sgt jumpa hantu pompuan tu, betul ke dia hantu..kalau xde korang henti2kanlah bt cite mengarut ni..'
 
bukan malam tu tapi seminggu selepas itu, permintaan Ana nampak gayanya dh pun sampai ke wanita misteri tersebut...agak2 bagaimanalah perasaan Ana bila bertentang mata kan? adakah dia dgn selamba menepuk tampar pipi wanita misteri itu atau dia halau keluar benda tu?..entahlah..aku sediri dengar walaupun bukan dr Ana pun rasa seram dan menyesal kalau bercakap besar ni...

spt sebelum2 ni Ana suka tido mengiring ke kanan, tapi sebelum taip lg nak diingatkan Ana sebenarnya memakai cermin mata berkanta tebal...kalau dia tido dh pastilah dia letak cermin mata dia ke tepi..jd kalau nmpak kita pun kabur2 je kan..kan..:)

jd spt biasa tgh malam Ana terasa spt ada yg memanggil namanya, 'Ana, bangun, cptlah bangun...'sambil mengerak2kan tubuh Ana perlahan, tp krn Ana xpakai cermin mata jd Ana hanya nampk susuk tubuh seakan2 kak S,tengah melutut dihadapannya...bila Ana bangun benda pertama dia cari ialah cermin mata dia bukan? lalu Ana ambil cermin mata disebelah katil terus pakai...bermulalah episod ngeri bila Ana melihat wanita misteri di depan nya yg memakai pakaian yg sama spt diceritakan oleh kwn2 yg lain...tp kali ni dr wajah yg cantik perlahan2 rupa wanita misteri tu berubah hodoh...dan Ana terus pengsan...smpai ke pagi...masa semua yg lain2 nak bersiap g keje barulah tau yg Ana pengsan sbb kejut2kan dia xsedar2...bila dah terjaga badan mengigil2 dan hr tu juga Ana di ambil keluarga nya dan terus berhenti kerja...
 
bersambung...
 
 


Wednesday, August 29, 2012

...kain batik merah, baju t-shirt putih dan ikatan rambut...

cerita ini berlaku sekitar awal tahun 2000, hbs2 belajar  bermula lah hidup berdikari, spt biasa bila bekerja merantau jauh tu selalunya ada tmpat tgl yg disediakan...dan ditmpat tgl pekerja ni lah bermulanya kisah yg bg aku agak seram dan kerap berlaku dlm hidup aku...

rumah teres dua tingkat di sebuah taman perumahan di bandar P,dalam hostel tu ada 8 org, 3 bilik kat ats kat bwh ada 1 dekat ngn dapur, bilik bwh tu lah kak S(ketua hostel) tgl dan aku betul2 bilik dekat suis besar utama kat tgkat ats, mula2 aku tgl rumah tu xde lah rs seram ke hape...tetapi aku perasan kakak2 senior yg dh lama bekerja sibuk2 mencari rumah sewa dan ada tu pakat 2 3 org menyewa sama2. Sbg org baru tak delah aku nak bzbody, bt derk jelah tp kdg2 aku perasan yg mereka berbisik2 sesama sendiri..erm..aku jns tak amek 'port' sgt benda2 mcm tu..janji aku tak rugi apa-apa.

sudah hampir 2 mgu aku bekerja barulah seorg kakak (kak N) yg baru keluar dr hostel tu tnya aku tgl hostel mcmana? ok tak? tp bukan kak N seorg shj malah yg lain pun ada gak yg bertnya sbb bilik yg aku tgl tu sbnryer bilik dia sebelum dia dan 2 org pekerja keluar menyewa sama2 kat taman perumahan yg tak jauh dr situ.

bila kak N dh agak rapat ngn aku barulah dia buka cerita, kebetulan dia sj dtg lepak hostel tu dan kami berkumpul ramai2,'sebenarnya hr tu akak tnya bukan apa, tmpat yg korang2 tgl ni mmg agak 'keras' skit'(katanya hampir berbisik)...'eh kak N ni ske sgt bt cite nak takut2kan sy lah'..'akak bukan nak reka cerita..kalau xpercaya tnyalah kak S, diakan ketua hostel..lg lama tgl cni mmg dh mcm lali dh wlupun kdg2 dia yg menyorok dulu..'

sambung kak S pula, org baru yg masuk selalunya kitaorg xcerita awal2 sbb pnh dulu xsmpai sehari budak baru tu dh lari..tp diorg tgk aku mcm lama je nak keje sini jd diorg ramai2 pakat kena cerita jugak..erm patutlah diorg ske berbisik2 ms aku mula smpai cni..muka takut2..

kak S sambung cakap lagi..'dlm rumah ni ada peraturan..peraturan yg sgt-sgt penting ialah...DILARANG MEMAKAI KAIN BATIK MERAH, BER T-SHIRT PUTIH DAN KALAU RAMBUT PANJANG JGN TAK DIIKAT..sbb 'dia' tu akan muncul berpakaian mcm tu setiap kali nak mengusik penghuni dalam rumah ni...pernah terjadi satu malam kat rumah ni kdg2 tiba2 je blackout, kata org letrik suis besar tu kena ketuk2 skit kotaknya baru nak on balik...dan begitulah setiap kali berlaku blackout kak S atau kak N akan bt, suis utama tu betul2 kat tepi dinding kat pintu bilik kau...dlm hati rasa kak S ni mcm sesaja je nak menakutkan aku...tp aku selalu berpegang 1 prinsip, aku tak kacau dia, dan begitulah aku harap2 kan semula..

pernah satu malam tiba2 kak S yg berada di bilik bwh terkejut tiba2 blackout jd dgn selalu apa yg dia bt dia akan naik tgkat ats untuk g ketuk2 suis tu pelan2..tp belum sempat pun dia keluar bilik tiba2 elektrik dah ada balik..jd dia hanya jenguk kat pintu nak tgk2 ruang tamu, tp dia terdgr bunyi ketukan di tgkat ats, sedangkan lampu dh menyala...jd dia pikir mgkin kak N atau staff lain yg masih ketuk...jd kak S perlahan2 naik tangga ke tingkat ats nak lihat siapa yg buat...masa baru je separuh tangga kak S ternampak seorang wanita yg tgh mengetuk2 suis utama tu berkain batik merah dan berbaju putih tp membelakangkan dia...mula2 dia nak tegur tp bila dia amati betul2..susuk tubuh tu lansung tak serupa dgn mana-mana staf yg tgl dlm hostel tu...

apalagi kak S berlari turun gagahkan diri walaupun dh meremang bulu roma, dan melihatkan susuk tubuh wanita yg lansung dia tak kenali ditengah-tengah mlm lagilah bertambah2 seram, dahlah dia tido dlm bilik bwh tu sorang-sorang..trs berselubung smpai pagi...esoknyer dia xdtg kerja sebab demam...mgkin terkejut...dan dia dh tnya kwn2 yg lain mmg semua xkeluar bilik dan tak tahu pun blackout...kiranya hanya kak S seorg je yg bangun waktu itu...kata kak S rambut pun dia xikat, sejak hari itu dia berpakat ramai2 dlm rumah ni jgn ada yg berpakaian sama warna dgn wanita misteri tu...tapi bukan setakat itu shj..di lain ms kak F pun pnh terserempak wanita misteri tu tgh ketuk2 kotak suis utama di tgh2 malam waktu elektrik ada...baju, kain dan rambut yg xdiikat tp disisir kemas masih serupa mcm kak S cerita...jd dah sah lah bukan slh seorg warga hostel dlm rumah tu yg bt tetapi wanita misteri tu meniru dan mengikut cara diorg setiap kali blackout...dan gangguan2 itu selalunya akan terjadi setiap tahun dirumah tu dan akan kerap berlaku selama 3 bulan berturut-turut dan setiap kali terlihat, mesti wanita misteri itu akan memakai pakaian yg sama..smpai aku berhenti kerja pun masih tak paham knp setiap tahun ktorg mesti akan diganggu lebih2 dlm bulan 4 sampai bulan 6 dan bulan 9 sampai bulan 11....



 bersambung...