Sunday, September 9, 2012

...wajah siapa?...


Aku tak mahu bercerita pada semua yg tinggal kat hostel tu...cukuplah mereka selalu diganggu dengan bermacam-macam benda yang pelik2..tapi bila 'benda' tu dah mula ganggu kawan aku si Yan, dengan mengalihkan dia yang sedang tidur di sofa kat ruang tamu, lantas ke depan pintu bilik dia, sudahnya semua kecoh semula.

Mereka ni pun satu, diam-diam sudah la. Tapi bagi aku mungkin aku yang tersilap tengok sbb pikir yang bukan-bukan dan kemungkinan Yan tu mengigau berjalan masa tidur...kita pun tidak tahu. Cuma berjaga-jaga sahaja lah.

Kini ketua hostel digantikan dengan Kak Mira. Kak S dh berhenti sebab tak tahan di ganggu. Kak Mira org baru tapi dari cara dia memang ramai yang suka. Dia pun tak tau sgt cerita tentang gangguan2 di rumah lama..sebab aku pun tak mahu menakut2kan mereka. Sesetengah orang ni tidak boleh terima bila kita cerita pasal benda-benda halus jadi kita hormat pendirian mereka.

Setakat kelibat2 diruang tamu, dapur, bilik air dah mula ternampak oleh kawan-kawan lain..cuma tidak lah seperti di rumah lama. 

Ada satu malam, aku pun sendiri tak teringat hari apa, yang pastinya semua ada dirumah tp mereka melayan mata tengok cerita terbaru diruang tamu..aku tengok juga tapi macam tak kena ngn jiwa je.

Aku terasa nak naik ke bilik nak ambil angin di balkoni. Ntahlah tak tahu perasaan tu tetiba je nak layan jiwa. Aku berdiri betul-betul depan pintu belakang bilik aku mengadap keluar...berhadapan pokok besar tu, waktu bulan terang dan tidak adalah rasa apa-apa..lgpun balkoni tu luas, owner buat sama jaraknya dengan garaj kereta di bawah. 

Tengah aku termenung aku terdengar bunyi di kanan aku betul-betul di bilik Yan dan Siti. Tak pasti bunyi apa, aku menoleh sekali dan menoleh lagi sebab ternampak jelas wajah perempuan di tingkap bilik Yan. Terkejut kerana wajah tu bukan wajah kawan-kawan aku. Dengan cepat aku terus buka pintu belakang bilik Yan nak pastikan siapa, aku tgk sekitar bilik mereka kosong, tiada siapa, memang lampu dibuka selepas itu aku terkejut sebab Siti baru nak masuk kebilik terkejut juga nampak aku.


'cari apa?' tanya Siti sambil berkerut dahi.
'xde apa2 lah...tapi sebelum kau sapa yang naik ke ats?' tanya aku.
'xde sapa, tadi kau pastu ni baru aku, nak amek bantal. kenapa? muka Siti dah mula cuak...

aku tutup pintu bilik dia, aku perhati balik cermin tingkap dimana aku ternampak wajah tadi. Cermin tingkap biasa, aku tak puas hati aku tak mahu pikir yang bukan-bukan tapi jelas logiknya memang aku nampak kepala terjulur keluar dari tingkap ni tadi sambil tersenyum pada aku.

Cermin tingkap tu cermin biasa yang ada palang besi tgh2 disetiap tingkap. Nak di ikutkan kepala orang dewasa mana boleh masuk, lagi satu wajah tu bukan wajah kawan-kawan aku. Jelas aku boleh lihat wajah itu seiras-iras wajah perempuan campuran berbangsa cina@Melayu, berkulit cerah dan matanya sangat cantik...

No comments:

Post a Comment