Wednesday, September 19, 2012

...bayangan putih...



sekitar tahun 1993 dikawasan setinggan, aku mengikut keluargaku kerumah ibu saudara, kebetulan anak sepupu kepada suami ibu saudaraku itu mengadakan majlis perkahwinan.

dahulu bila kawasan setinggan selalunya tempat yang kerap berlakunya banjir kilat..setiap rumah memang tiada tandas yang ada hanya bilik air sahaja. Jadi penduduk kampung akan buat tandas seberang anak sungai dibelakang kawasan kampung. Bila malam selalunya memang tak ada siapa akan ke tandas tu kerana tempat dan kawasan yang agak berbahaya bagi aku...

kena bawak baldi sekali tapi tidak lah jauh sangat cm bila malam agak seram bila nak seberang anak sungai dengan titi kayu yang aku rasa tak berapa kukuh, jadi malam tu aku dan sepupu jadi peneman sebab mak su aku sakit perut, cuma kali ini tumpang tandas dirumah jiran (kira saudara juga), sebab jiran tu bt tandas tinggi betul...belakang rumah dia...berbekal kan baldi, lampu suluh aku dan sepupu (lelaki) ude, berjalan sambil suluh dimana2 sahaja. Dibelakang rumah lampu dapur ada, jadi tidak lah rasa apa2, dan sepupu aku seorang lagi nak teman, tapi dia sibuk tengok anak ikan di tepi2 tebing sungai itu, lagipun baru lepas hujan lebat tapi masih renyai-renyai lagi.

aku dan ude tengok sekeliling, berhadapan aku sungai dan seterusnya tandas gelap yang penduduk selalu guna itu, dibelakang sana lagi ada pokok2 pisang liar dan seterusnya belukar.

aku perhatikan sepupu aku achik asyik dengan anak ikan ditebing sungai, berkali2 memanggil2 kami berdua untuk tengok sekali, tapi aku  dan ude buat tak layan sebab tak berani nak ke tepi tebing tu, lagipun  mak su dah pesan tadi jangan berdiri jauh-jauh.

aku dan ude terdengar dalam belukar di balik deretan pokok pisang macam bunyi orang berjalan..tetapi lebih kepada bunyi seperti mengheret kayu, aku pandang ude...dan seperti ude pun nampak dia memandang semula ke arah bunyi itu, seolah-olah kami terpaku menunggu apa yang akan keluar dari belukar itu, dan belukar itu tingginya seperti lelaki dewasa dan kami berdua jelas nampak belukar tu bergerak-gerak seperti menuju kearah kami.

si achik masih lagi memanggil2 kami untuk lihat anak ikan yang ntah betul ntah tidak tu, kami berdua masih terpaku seolah-olah ingin tahu apa dan siapa yang akan keluar dari belukar yg bergerak2 tu.

betul2 keluar dari belukar tu bayangan putih tetapi tidak terus ke arah kami, aku dan ude terkejut tapi seolah2 terpaku tak boleh lari, si achik dah start diam rupanya dia pun nampak tapi dia dah lari dulu, sampai lampu suluh pun tertinggal itu belum di kira selipar dia lagi yg dah tercampak entah kemana.

elok sahaja bayangan putih tu lalu terus ke arah deretan pokok pisang dan hilang macam tu sahaja diantara pokok pisang liar itu. Aku dan ude cepat2 panggil mak su keluar dan balik sekarang juga, rasa tak berani nak tunggu lama-lama.

masa berjalan kerumah semula aku dan ude cepat sungguh langkahnya sampai mak su di belakang marah-marah kerana cepat sangat tingalkan dia di belakang...

dah dekat rumah baru aku dan ude bercerita, selepas tu mak su sound setepet...'kalau korang tinggalkan aku tadi memang aku rotan sorang-sorang....' :D


No comments:

Post a Comment