Sunday, September 2, 2012

...gangguan berterusan...



makin lama gangguan makin menjadi-jadi...kali ni semasa aku dh hampir setahun tinggal di rumah tu..kak S diganggu pula...bilik dia kat tingkat bawah sekali berdekatan dgn dapur dan dengan bilik air bawah..sebagai ketua hostel, org lain dh tidur dia selalunya yg last sekali masuk ke bilik...

sebelum tu mmg dh lali sangat dgn cara kak F kalau turun tangga dia suka ketuk tapak tangan dia kat pemegang besi tepi tangga tu..dia pakai cincin jadi mmg dh tahu tanpa tgk pun sah lah kak F yg turun...mlm tu kak S berada di dalam bilik..belum tutup lampu dan tidur lagi...dia terdgr bunyi ting..ting...ting...dia pikir mgkin kak F turun nak ke dapur tapi terdgr bunyi pintu bilik air di buka, seterusnya bunyi pam..dan kak S dgr bunyi ting..ting..tu spt biasa naik keats..selang beberapa minit bunyi ting..ting..ting tu masih kedengaran lagi...dan masih sama mcm td bunyi pintu bilik air dan seterusnya pam...bunyi cincin dia diketuk ke pemegang besi tangga tu menuju ke tingkat ats...5 minit selepas itu bunyi yg sama juga berulang..secara logik akal xkanlah kak F pergi ke bilik air selang 5 minit..lgpun tingkat ats ada bilik air juga lg dekat ngn bilik dia...kak S dah rasa semacam..meremang bulu roma..berselubung..tak boleh tidur sebab bunyi tu berlarutan sampai ke subuh..

tanya kak F dia ada pergi tandas bawah ke tidak, katanya ada tp sekali sebelum tidur, kebetulan bilik air ats yati yg guna..selepas itu memang dia tak turun dah...

masing2 dah rasa seram, sebab tak sangka pula kejadian ni makin lama makin kerap berlaku, diganggu seolah2 memang 'dia' tinggal disini...itu belum kira dengan budak hostel lelaki di sebelah...

mereka siap dikejar dengan t-shirt putih yg disidai di bwh..t-shirt tu milik salah seorang penghuni hostel..tapi kalau dh siap terbang tanpa tali dan kejar..sesiapa pun akan lari, lebih-lebih lagi malam hari..

teringat abg zul bercerita..(dia ketua hostel lelaki) mulanya mereka lepak2 smbil main dam...tv rumah rosak..jd bising2 jelah...dlm hostel lelaki ada 9org..semua lari bertempiaran naik ke tingkat ats..smpai ada yg jatuh2 nak selamatkan diri...

t-shirt putih tu memang berterbangan dalam satu rumah..berlegar2 mengejar mereka...jadi mereka terpaksa bersembunyi, berlarutan dekat 2 jam...kebetulan hostel lelaki bersebelahan sahaja dgn hostel perempuan.

kalau hostel kami tidak diganggu, benda tu akan menganggu hostel lelaki..begitulah setiap tahun..selalunya akan berlaku 3 bulan berturut-turut..budak hostel lelaki kebanyakkan nya rumah famili area situ, jd kalau rasa2 takut mereka suka balik ke kampung..tapi kami kebanyakkannya merantau jadi terpaksalah menahan diri dari gangguan2 ni..

aku juga tidak terkecuali...pernah sekali tidur malam aku terdengar bunyi ketukan kecil seolah-olah orang bermain muzik...bunyi tu aku dah lupa bagaimana rentaknya..tapi kalau dengar bolehlah rasa diawangan jer..khayal..serius tak tipu...tapi yg pelik kat dinding sebelah...ok..hostel lelakikan sebelah..jadi aku pikir..bebudak tu nak mengusik ketuk2 dinding dengan besi halus untuk mengeluarkan bunyi menarik untuk takut2kan aku, tapi bila bunyi tu jelas kedengaran didinding ujung kaki aku, seterusnya dinding disebelah kiri pula..dan atas kepala...aku dh syak itu bukan kerja manusia..aku tutup telinga..tak mahu dengar lagi..takut2..khayal dibawa pergi pula...tapi masih kedengaran lagi...aku baca segala ayat yang aku tau..berulang2 kali..tapi bunyi tu masih ada...

malam seterusnya aku dh lali bila dgr nama aku dipanggil setiap kali tgh tidur..kadang2 aku lupa juga..sebab dah mamai kan..tapi selalunya sampai ke pintu aku akan lihat jam didinding..tepat jam 2.35pagi...entah kenapa setiap kali aku dgr apa2 dirumah tu..jam pasti menunjukan waktu tu..

aku akan terus amati bunyi suara memanggil tu..nak tau kawan kita atau bukan..tapi kalau dah panggil nama kita seperti bergema2 seolah2 kita berada didalam gua, aku memang xmenyahut apatah lagi nak buka pintu..tidur balik dan baca lagi, supaya 'dia' tak ganggu sampai ke bilik...


bersambung...


No comments:

Post a Comment