Wednesday, September 19, 2012

...bayangan putih...



sekitar tahun 1993 dikawasan setinggan, aku mengikut keluargaku kerumah ibu saudara, kebetulan anak sepupu kepada suami ibu saudaraku itu mengadakan majlis perkahwinan.

dahulu bila kawasan setinggan selalunya tempat yang kerap berlakunya banjir kilat..setiap rumah memang tiada tandas yang ada hanya bilik air sahaja. Jadi penduduk kampung akan buat tandas seberang anak sungai dibelakang kawasan kampung. Bila malam selalunya memang tak ada siapa akan ke tandas tu kerana tempat dan kawasan yang agak berbahaya bagi aku...

kena bawak baldi sekali tapi tidak lah jauh sangat cm bila malam agak seram bila nak seberang anak sungai dengan titi kayu yang aku rasa tak berapa kukuh, jadi malam tu aku dan sepupu jadi peneman sebab mak su aku sakit perut, cuma kali ini tumpang tandas dirumah jiran (kira saudara juga), sebab jiran tu bt tandas tinggi betul...belakang rumah dia...berbekal kan baldi, lampu suluh aku dan sepupu (lelaki) ude, berjalan sambil suluh dimana2 sahaja. Dibelakang rumah lampu dapur ada, jadi tidak lah rasa apa2, dan sepupu aku seorang lagi nak teman, tapi dia sibuk tengok anak ikan di tepi2 tebing sungai itu, lagipun baru lepas hujan lebat tapi masih renyai-renyai lagi.

aku dan ude tengok sekeliling, berhadapan aku sungai dan seterusnya tandas gelap yang penduduk selalu guna itu, dibelakang sana lagi ada pokok2 pisang liar dan seterusnya belukar.

aku perhatikan sepupu aku achik asyik dengan anak ikan ditebing sungai, berkali2 memanggil2 kami berdua untuk tengok sekali, tapi aku  dan ude buat tak layan sebab tak berani nak ke tepi tebing tu, lagipun  mak su dah pesan tadi jangan berdiri jauh-jauh.

aku dan ude terdengar dalam belukar di balik deretan pokok pisang macam bunyi orang berjalan..tetapi lebih kepada bunyi seperti mengheret kayu, aku pandang ude...dan seperti ude pun nampak dia memandang semula ke arah bunyi itu, seolah-olah kami terpaku menunggu apa yang akan keluar dari belukar itu, dan belukar itu tingginya seperti lelaki dewasa dan kami berdua jelas nampak belukar tu bergerak-gerak seperti menuju kearah kami.

si achik masih lagi memanggil2 kami untuk lihat anak ikan yang ntah betul ntah tidak tu, kami berdua masih terpaku seolah-olah ingin tahu apa dan siapa yang akan keluar dari belukar yg bergerak2 tu.

betul2 keluar dari belukar tu bayangan putih tetapi tidak terus ke arah kami, aku dan ude terkejut tapi seolah2 terpaku tak boleh lari, si achik dah start diam rupanya dia pun nampak tapi dia dah lari dulu, sampai lampu suluh pun tertinggal itu belum di kira selipar dia lagi yg dah tercampak entah kemana.

elok sahaja bayangan putih tu lalu terus ke arah deretan pokok pisang dan hilang macam tu sahaja diantara pokok pisang liar itu. Aku dan ude cepat2 panggil mak su keluar dan balik sekarang juga, rasa tak berani nak tunggu lama-lama.

masa berjalan kerumah semula aku dan ude cepat sungguh langkahnya sampai mak su di belakang marah-marah kerana cepat sangat tingalkan dia di belakang...

dah dekat rumah baru aku dan ude bercerita, selepas tu mak su sound setepet...'kalau korang tinggalkan aku tadi memang aku rotan sorang-sorang....' :D


Monday, September 10, 2012

...berat sama dipikul...

 

Aku ada seorang sahabat, dan pengalaman berkaitan alam ghaib ini macam-macam boleh dengar dari dia. Demi menjaga persahabatan kami, cerita tentang siapa dia aku elak kan dari menulis disini. Tetapi dia mengizinkan pengalamannya dikongsi bersama di blog aku ini untuk tatapan para pembaca. Katanya kita mmg hidup dikelilingi benda² dan kejadian mistik ni, cuma kita sedar dgn tidak sedar sahaja. Katanya lagi tidak semua orang suka akan cerita-cerita seperti ini, tetapi bacalah dengan minda yang terbuka..ingat tu, minda  yang terbuka.

...'Seperti baru² yg berlaku dikampung halamannya, ayah dia dan 5 org lelaki pergi ke kebun untuk menebang pokok kelapa sawit yg besarnya dlm 2 pemeluk org lelaki dewasa, tebang dgn mengunakan mesin dan parang besar. Proses menebang pokok sawit tersebut dan  proses mendpatkan umbut sawit itu memakan masa dalam 2 jam. Selepas selesai menebang selalunya diangkut pula ke atas lori 1 tan. 

Sampai dirumah bapa kata masih tidak mencukupi, perlu tebang sepokok lagi. Abg sulung aku pun pergi lah dulu kekebun, yg lain kata nanti menyusul..dalam setengah jam lebih abg aku balik sambil memikul umbut sawit. Semua org yg ada kat rumah masa tu terpinga².. pelik sbb abang aku balik cepat... sedangkan yg nak menyusul tu tengah bersiap siap nak pergi tempat menebang tu. Abg aku yg macam baru tersedar ceritakan lah kejadian masa kat kebun..

Abg aku ckp, smpi sahaja dikebun abang aku terus pergi ke pokok sawit yg nak ditebang tu, yang saiz sama mcm yg hendak di dibawa balik. Sambil menunggu yg lain sampai abg aku tebaslah semak² yg ada disekeliling pokok sawit tersebut, masa menebas tu abang dengar mcm suara org memanggil, abg aku menyahut dan bg tahu dia kat mana..masa tu pula hujan renyai².. yg ditunggu tak sampai² pula, abang aku potong sahajalah pokok tu hanya mengunakan parang, 3 kali tetak sahaja pokok sawit sebesar pemeluk lelaki dewasa itu tumbang, abang aku potong pelepah sawit itu pun rasa mcm potong pelepah pisang. Selepas itu abang aku angkat letak kat bahu, rasa berat mcm beras 10 kg shj.. masa turun dan naik bukit tu mmg tak rasa sukar, tp masa dah sampai halaman rumah shj beban yg abg aku bawak tu tiba-tiba terasa berat sangat....hampir terjatuh dari bahu sampai ada 2 org kena tlg angkat...

Abang dia sendiri pun tidak tahu dari mana kekuatan yang dia dapat untuk menebang pokok sawit sebesar itu. Rasa seperti di pukau dia membawa umbut pulang kerumah, bila dah tersedar baru rasa bebanan berat yang dia bawa dari tadi...'
 

 
diceritakan sendiri oleh seorang sahabat
12.05 pagi

...pocong...


Aku tak buka mulut pun bercerita pasal wajah siapa yang aku lihat di cermin tingkap bilik Yan tempoh hari. Takut-takut mereka rasa tak selesa, jadi jalani kehidupan seperti biasa...ingatkan setakat itu sahaja, kali ni terkena pula dekat seorg staf baru masuk, abang zam. Dia ni waktu tu dh berumur 29 thn. Senior sgt dh bg kami yg baru nak cecah umur 20an ni. Dia agak pendiam, suka tersenyum dan bukan jenis terkinja-kinja. Dia memakai cermin mata, agak tebal jugak lah, kebetulan sebelum ni ktorg pernah pergi sama-sama bercuti termasuk bos sekali ke Langkawi, jadi cermin mata abg zam terjatuh dlm laut ms naik bot kerana teruja sangat nak tengok ikan dalam air..hi.hi.hi...

Kebetulan malam tu malam minggu, kami ni suka buat makan-makan tapi selalunya beli lah, muda belia nak kata reti masak sangat tak adalah..jadi ajaklah semua datang termasuk bos dan famili dia selang beberapa rumah je dari hostel kitaorg.

Semua orang dah siap makan tapi masih lepak sembang-sembang ngn bos sekali, tetiba kami nampak abang zam berlari-lari dengan berpeluh-peluh terus terduduk kat tepi pintu. Muka pucat lesi, kami yang berada disitu pikirkan dia terlewat, sebab dia sahaja yang paling lambat sampai sedangkan dekat sahaja hostel lelaki dengan rumah kami.

Bila tanya dia diam sambil tercungap2...bagi minum air shj...makanan dia tak jamah...

Keesokan barulah kami dapat tahu cerita sebenar. Abg zam sebenarnya malam tadi lalu depan hostel lama kami (masih tiada penyewa lg), betul-betul dah nak sampai ke pagar kami berhampiran longkang tu abg zam perasan ada benda putih berdiri, dah lah cermin mata terjatuh dalam air jd dia hanya nampak samar-samar, dia ingatkan kain tapi bila makin hampir dia perasan benda berdiri tu seperti berbonjot diatas kepalanya. Dan kain betu-betul di muka terbuka sedikit tetapi dia tak nampak lebih jelas tang muka tu.

Sebab itu dia berlari ketakutan, katanya benda tu sgt2 tinggi. Berdiri tegak menghadap ke pokok besar depan hostel kami yang baru ni...

Ingat kan dah habis cerita-cerita mcm ni..tapi makin menjadi-jadi..

 

Sunday, September 9, 2012

...wajah siapa?...


Aku tak mahu bercerita pada semua yg tinggal kat hostel tu...cukuplah mereka selalu diganggu dengan bermacam-macam benda yang pelik2..tapi bila 'benda' tu dah mula ganggu kawan aku si Yan, dengan mengalihkan dia yang sedang tidur di sofa kat ruang tamu, lantas ke depan pintu bilik dia, sudahnya semua kecoh semula.

Mereka ni pun satu, diam-diam sudah la. Tapi bagi aku mungkin aku yang tersilap tengok sbb pikir yang bukan-bukan dan kemungkinan Yan tu mengigau berjalan masa tidur...kita pun tidak tahu. Cuma berjaga-jaga sahaja lah.

Kini ketua hostel digantikan dengan Kak Mira. Kak S dh berhenti sebab tak tahan di ganggu. Kak Mira org baru tapi dari cara dia memang ramai yang suka. Dia pun tak tau sgt cerita tentang gangguan2 di rumah lama..sebab aku pun tak mahu menakut2kan mereka. Sesetengah orang ni tidak boleh terima bila kita cerita pasal benda-benda halus jadi kita hormat pendirian mereka.

Setakat kelibat2 diruang tamu, dapur, bilik air dah mula ternampak oleh kawan-kawan lain..cuma tidak lah seperti di rumah lama. 

Ada satu malam, aku pun sendiri tak teringat hari apa, yang pastinya semua ada dirumah tp mereka melayan mata tengok cerita terbaru diruang tamu..aku tengok juga tapi macam tak kena ngn jiwa je.

Aku terasa nak naik ke bilik nak ambil angin di balkoni. Ntahlah tak tahu perasaan tu tetiba je nak layan jiwa. Aku berdiri betul-betul depan pintu belakang bilik aku mengadap keluar...berhadapan pokok besar tu, waktu bulan terang dan tidak adalah rasa apa-apa..lgpun balkoni tu luas, owner buat sama jaraknya dengan garaj kereta di bawah. 

Tengah aku termenung aku terdengar bunyi di kanan aku betul-betul di bilik Yan dan Siti. Tak pasti bunyi apa, aku menoleh sekali dan menoleh lagi sebab ternampak jelas wajah perempuan di tingkap bilik Yan. Terkejut kerana wajah tu bukan wajah kawan-kawan aku. Dengan cepat aku terus buka pintu belakang bilik Yan nak pastikan siapa, aku tgk sekitar bilik mereka kosong, tiada siapa, memang lampu dibuka selepas itu aku terkejut sebab Siti baru nak masuk kebilik terkejut juga nampak aku.


'cari apa?' tanya Siti sambil berkerut dahi.
'xde apa2 lah...tapi sebelum kau sapa yang naik ke ats?' tanya aku.
'xde sapa, tadi kau pastu ni baru aku, nak amek bantal. kenapa? muka Siti dah mula cuak...

aku tutup pintu bilik dia, aku perhati balik cermin tingkap dimana aku ternampak wajah tadi. Cermin tingkap biasa, aku tak puas hati aku tak mahu pikir yang bukan-bukan tapi jelas logiknya memang aku nampak kepala terjulur keluar dari tingkap ni tadi sambil tersenyum pada aku.

Cermin tingkap tu cermin biasa yang ada palang besi tgh2 disetiap tingkap. Nak di ikutkan kepala orang dewasa mana boleh masuk, lagi satu wajah tu bukan wajah kawan-kawan aku. Jelas aku boleh lihat wajah itu seiras-iras wajah perempuan campuran berbangsa cina@Melayu, berkulit cerah dan matanya sangat cantik...

Thursday, September 6, 2012

...saya ikut sekali yer...


Entah macamana hari itu bos aku yg duduk selang 2 buah rumah memberitahu pd kami yg dia dah pun carikan rumah baru untuk kami berpindah. Rasa lega tak payah cakap lah, masing2 tersenyum sesama sendiri seolah2 sudah ada jalan penyelesaian.

Tapi hostel lelaki masih kekal di situ memandangkan hostel kami sahaja yang selalu diganggu. Yang mengejutkan kami bukan kerana apa, rumah yg baru itu sebenar 2 buah rumah sahaja dari hostel asal ini. Bagi aku itu belum cukup benda tu tak akan menganggu, mungkin ada banyak lagi gangguan2 mcm biasa tu. Tapi kita harus pikir yg elok2 shj. Disini aku sertakan lakaran hostel lama dan hostel baru tu.

Rumah kosong itulah yang akan menjadi hostel baru kami, sudahlah kedudukannya dihujung jalan mati, apatah lagi berdekatan dengan kawasan paya...ngam-ngam depan pokok besar. Tidakkah kita rasa apa-apa? heh...

Akhirnya kami berpindah, tapi aku kira waktu berpindah tu dah ramai orang2 lama sudah pun berhenti kerja. Yang ada pun org lama hanya aku, Yati dan Nina sahaja, selain kami ada lah lagi budak baru masuk kerja tapi itupun bersilih ganti paling lama pun setahun selebihnya hanya 2 3 bulan shj.

Pernah juga aku bertanya pada jiran2 disekeliling mengenai rumah yang kami tinggal itu. Selalunya kisah-kisah lama hanya diketahui oleh penduduk asal sahaja. Bagi kami yang menyewa (syarikat tmpat kami yg bayarlah :) )mungkin tidak tahu cerita. Tidak ada cerita2 pelik atau seram untuk dikaitkan dengan rumah yg kami tinggal itu, tetapi tidak mengapalah janji kami dapat keluar dari terus menghuni rumah teres dua tingkat itu.

Bila sudah berpindah, hanya bertahan dalam 2 minggu, kejadian pelik masih ada cuma cara yang berbeza. Tidaklah aku kata pengalaman ini terlalu seram bagi sesetengah org, tetapi bagi yang mengalaminya, yang tidur dan tinggal didalam rumah itu, tahu perasaan seperti tidak senang hati sentiasa ada. 

Rumah yang baru ini setahu aku owner dia melayu. Tapi aku tak pernah jumpa, segala urusan di buat oleh bos aku, jd tak perlulah ambil tahu. Kali ini kemungkinan ramai sgt yg bekerja budak-budak baru habis belajar, jadi hubungan kami memang sangat akrab. 

Pernah sekali kami pakat tidur dalam bilik sebelah. Bilik Siti dan Yan. Seingat aku dalam 5 orang. Aku, Siti (1), Siti (2), Yan dan Liza. Dulu bentang tilam 3 tidur 5 orang, jadi sambil sembang-sembang tertidur. Kebetulan siang tu kami bergotong royong membersihkan kawasan rumah. Penat seharian tertidur awal.

Seingat aku, aku terjaga seperti terdengar sesuatu (aku memang mudah terjaga tengah malam). Kebetulan aku tidur di tepi dinding belah kiri, jadi dalam samar-samar cahaya lampu jalan dan lampu balkoni di luar rumah tu aku boleh lihat mereka tengah sedap-sedap melayan mimpi. Tengah aku angkatkan sikit kepala menjenguk mereka, aku ternampak 6 kepala, tapi seingat aku 5 orang shj tadi. Kemungkinan ada yg masuk join sekali agaknya. Aku lihat kaki, terkejutnya aku sebab kaki hanya ada 5 pasang. Yer, mungkin yang baca akan kata seorang tu kaki dalam selimut, kami tak pakai selimut pun. Tetapi 5 orang tidur sekali dengan badan kurus melidi bukan jauh sangat jaraknya kalau kita nak tengok kan. Aku tak mahu pikir benda tu boleh datang ke rumah ini, tapi bila tgk betul2 kepala tu betul2 terselit diantara kepala Siti (1) dan kepala si Liza. Jelas kelihatan rambutnya yang panjang tertutup muka..aku tengok perlahan2 dari bahu kawan aku si Siti (2), sah benda tu berbaju putih berkain batik merah.

Sangat kenal siapa itu kan? Aku baca apa yang aku tahu termasuk lah ayat Kursi..pejam mata kecil2kan mata balik baca lagi sampai tertidur. Seingat aku yg kunci pintu dari dalam aku sebelum tidur tadi. Yang kat luar tak boleh masuk sebab mereka tak ada kunci, lagipun tuan bilik tu si Yan dan Siti (1), mereka pun dalam bilik tu tidur sama-sama. Aku yang bangun dulu pagi tu, aku tgk cukup 5 kepala dan 5 psg kaki termasuk aku. Tgk tombol pintu pun masih berkunci mcm sebelum tidur malam tadi...

Dia pindah sekali ke?

 


Tuesday, September 4, 2012

...kaki siapa?...




selama tinggal dirumah tu, kadang2 sendiri pun xsedar apa2 yang berlaku...dan bergilir2 lah warga hostel diganggu...kadang2 bilik aku, kadang2 bilik depan...

kak S mcm biasa tinggal seorg diri dalam bilik ditingkat bawah..masih tiada rakan sebilik sebab pekerja semuanya silih berganti...budak2 baru yg terkena kebanyakkannya dh berhenti kerja...yg betul2 nak kerja shj yg menyewa diluar, mereka mampu lagipun mereka dah lama  bekerja...kena yg kami baru2 lbh2 mcm aku ni..xdelah lagi nak menyewa...terpaksa je berjaga2...

selain bunyi-bunyian ditingkat ats dan bawah ada juga yg terasa seperti tilam di pijak sesuatu...bila mereka tidur mengiring ke kanan atau ke kiri..selalu kena kak S lah...kadang2 benda tu melompat2 ats tilam..bayangkan tilam org bujang...nipis sgt...bukan nyer ada katil..tidur di bawah shj...tapi leh rasa ada benda pijak2 ats tilam kita di waktu malam...seriau tak payah cakap...

pernah sekali kami selepas pulang kerja selalunya bila dh jam 10mlm ke ats lebih gemar berjalan kaki ramai2 pergi ke gerai makan nasi lemak berdekatan perumahan tu...balik pun kdg2 asing2...tp kali tu kami masing2 bergerak sama2...sampai dirumah layan mata sembang2 lagi kat ruang tamu...ada je cerita2 best ms kerja siang tadi...tapi bab seram2 xdelah cerita...

ada yg baring-baring, pergi dapur cari kudapan lagi, aku duduk di sofa dgr kakak2 senior bercerita...tiba2 terdgr bunyi pintu di tutup di tingkat atas...yer...sebagai manusia normal...kita akan terpikir angin punya angkara...ok..setakat itu..tapi sebagai warga hostel kami tersgt sensitif dgn bunyi-bunyian ni...masing2 diam ada yg mula duduk rapat, yang baring dah bgn duduk di sofa sekali...mata masing2 tertumpu ke arah anak tangga yg paling atas...dan aku pandang kwn2 serumah...mengira siapa ada dan yang xada..cukup...12 org...(ada budak baru masuk jd warga bertambah waktu tu), terpikir juga manalah tau orang masuk rumah...tapi mustahil...sbb pintu semua terkunci ms kami sampai tadi..aku yg buka pintu..

yer sangkaan kami tepat...bukan manusia...masa keadaan sunyi tu, masing2 tertumpu pd anak tangga paling ats..sbb tangga rumah ni berbentuk L..jadi kami hanya boleh tgk anak tangga paling atas tu dari sisi shj...

seperti tahu kami melihat ke arah tu tiba2 kami semua ternampak kaki...yang memijak anak tangga...tetapi seketika diangkat semula seperti tidak jadi turun...apa lagi semua yg ada menjerit2 menyorok dibelakang kawan2...nak lari memang kaki bagai di gam...aku...selalunya kalau berhadapan kejadian seram ni mata akan selalu berair...bukan menangis tapi mata rasa jd panas tapi tak pedih...aku pun penakut juga...apatah lagi mereka...(seram waktu tu)

dh perlahan2 kami keluar ke depan rumah...masing2 takut dan aku tgk2 ke tingkat ats...manalah tau ada yg nak main2kan kami...kebetulan budak2 hostel lelaki baru balik, kami nampak dr jauh mereka berjalan...semua ada 9 org...kalau mereka nak mengusik pun xkanlah cepat betul mereka lari...tapi yang kami nampak bukan kaki lelaki..

mereka pun bertnya dah masing2 xberani nak naik ke tingkat ats...tanya seorg demi seorg kot2 ada yg lemah semangat nanti panik juga..alhamdulillah masing2 cuma dlm keadaan terkejut dan takut2 shj tp xmemudaratkan..baca apa yg kami tahu dh jam menunjukan 3 pagi baru kami berani masuk semula ke rumah tapi itu pun setakat di pintu...tgk2...yer...masih ada rasa seram...

kami hnya bersembang2 diluar rumah...budak2 hostel lelaki semua dh masuk tidur tp mereka tidur di ruang tamu hostel mereka shj...tglkan abg zul ketua hostel tu..teman kami di luar rumah...aku memang xberani nak naik ke bilik apatah lagi yg lain...

sudahnya esok ada yg amek cuti sbb sakit kepala xtidur semalaman...dh pagi barulah rs nak naik itupun ramai2...rasa baju dgn seluar aku nak terlucut ditarik2 dek kakak2 nih...kalau mereka takut..aku lagi lh takut...

setahu aku pemilik rumah tu berbangsa lain..jadi bila kita nak panggil org bijak pandai untuk halang benda2 ni mereka xberapa setuju..jd tuan rumah dh halang terpaksalah berjaga2 shj tp kami dh minta bos tukar rumah lain..xlarat lah tinggal kat situ...sepanjang ms diganggu..

pernah sekali kazen aku dtg nak jumpa aku kebetulan waktu tu aku M.C jd aku duk dlm bilik je kat tingkat ats..memang xde org sbb semua dh g keje pg td..aku pun pas g klinik dr ofis trs lik rumah dan baru je turun ke dapur ambil cawan dan air nak makan ubat...naik ke bilik kazen msg dh nak smpai hostel, jd aku kata ok la..aku seorg je ni..lgpun waktu tu jam menunjukan 2.40ptg..jd xkan lah benda2 seram leh berlaku di siang hari..tapi aku silap...

dr cerita kazen aku...sampai je dia di depan pintu rumah dia beri salam..dia pikir mgkin aku duduk di ruang tamu...sambil beri salam lagi dia menyelak langsir di tingkap bawah...terus dia ternampak sesusuk tubuh berbadan besar dan berbulu satu badan tengah menyangkung betul2 kat dapur membelakangkan dia...toleh ke xtoleh tu dia xberapa ingat yg dia ingat lepas je dia tgk 'benda' tu dia disergah dgn suara garau...terus dia keluar berpatah balik dan naik bas balik rumah...

aku call xjawab, tak kan lah lama sangat...msg pun xbalas..jd aku pikir xjadi pun x bgtau..trs tidur sbb ngantuk makan ubat...esok nya kebetulan hari ahad jd aku g la kerumahnya sebab hari cuti dan ada hal nak bincang...tgk2 dia demam..masa tu lah dia cerita...ternampak lembaga tu..takut sangat dan dia tak kan ke rumah tu lagi xkiralah waktu siang ke malam...

  

   



Sunday, September 2, 2012

...gangguan berterusan...



makin lama gangguan makin menjadi-jadi...kali ni semasa aku dh hampir setahun tinggal di rumah tu..kak S diganggu pula...bilik dia kat tingkat bawah sekali berdekatan dgn dapur dan dengan bilik air bawah..sebagai ketua hostel, org lain dh tidur dia selalunya yg last sekali masuk ke bilik...

sebelum tu mmg dh lali sangat dgn cara kak F kalau turun tangga dia suka ketuk tapak tangan dia kat pemegang besi tepi tangga tu..dia pakai cincin jadi mmg dh tahu tanpa tgk pun sah lah kak F yg turun...mlm tu kak S berada di dalam bilik..belum tutup lampu dan tidur lagi...dia terdgr bunyi ting..ting...ting...dia pikir mgkin kak F turun nak ke dapur tapi terdgr bunyi pintu bilik air di buka, seterusnya bunyi pam..dan kak S dgr bunyi ting..ting..tu spt biasa naik keats..selang beberapa minit bunyi ting..ting..ting tu masih kedengaran lagi...dan masih sama mcm td bunyi pintu bilik air dan seterusnya pam...bunyi cincin dia diketuk ke pemegang besi tangga tu menuju ke tingkat ats...5 minit selepas itu bunyi yg sama juga berulang..secara logik akal xkanlah kak F pergi ke bilik air selang 5 minit..lgpun tingkat ats ada bilik air juga lg dekat ngn bilik dia...kak S dah rasa semacam..meremang bulu roma..berselubung..tak boleh tidur sebab bunyi tu berlarutan sampai ke subuh..

tanya kak F dia ada pergi tandas bawah ke tidak, katanya ada tp sekali sebelum tidur, kebetulan bilik air ats yati yg guna..selepas itu memang dia tak turun dah...

masing2 dah rasa seram, sebab tak sangka pula kejadian ni makin lama makin kerap berlaku, diganggu seolah2 memang 'dia' tinggal disini...itu belum kira dengan budak hostel lelaki di sebelah...

mereka siap dikejar dengan t-shirt putih yg disidai di bwh..t-shirt tu milik salah seorang penghuni hostel..tapi kalau dh siap terbang tanpa tali dan kejar..sesiapa pun akan lari, lebih-lebih lagi malam hari..

teringat abg zul bercerita..(dia ketua hostel lelaki) mulanya mereka lepak2 smbil main dam...tv rumah rosak..jd bising2 jelah...dlm hostel lelaki ada 9org..semua lari bertempiaran naik ke tingkat ats..smpai ada yg jatuh2 nak selamatkan diri...

t-shirt putih tu memang berterbangan dalam satu rumah..berlegar2 mengejar mereka...jadi mereka terpaksa bersembunyi, berlarutan dekat 2 jam...kebetulan hostel lelaki bersebelahan sahaja dgn hostel perempuan.

kalau hostel kami tidak diganggu, benda tu akan menganggu hostel lelaki..begitulah setiap tahun..selalunya akan berlaku 3 bulan berturut-turut..budak hostel lelaki kebanyakkan nya rumah famili area situ, jd kalau rasa2 takut mereka suka balik ke kampung..tapi kami kebanyakkannya merantau jadi terpaksalah menahan diri dari gangguan2 ni..

aku juga tidak terkecuali...pernah sekali tidur malam aku terdengar bunyi ketukan kecil seolah-olah orang bermain muzik...bunyi tu aku dah lupa bagaimana rentaknya..tapi kalau dengar bolehlah rasa diawangan jer..khayal..serius tak tipu...tapi yg pelik kat dinding sebelah...ok..hostel lelakikan sebelah..jadi aku pikir..bebudak tu nak mengusik ketuk2 dinding dengan besi halus untuk mengeluarkan bunyi menarik untuk takut2kan aku, tapi bila bunyi tu jelas kedengaran didinding ujung kaki aku, seterusnya dinding disebelah kiri pula..dan atas kepala...aku dh syak itu bukan kerja manusia..aku tutup telinga..tak mahu dengar lagi..takut2..khayal dibawa pergi pula...tapi masih kedengaran lagi...aku baca segala ayat yang aku tau..berulang2 kali..tapi bunyi tu masih ada...

malam seterusnya aku dh lali bila dgr nama aku dipanggil setiap kali tgh tidur..kadang2 aku lupa juga..sebab dah mamai kan..tapi selalunya sampai ke pintu aku akan lihat jam didinding..tepat jam 2.35pagi...entah kenapa setiap kali aku dgr apa2 dirumah tu..jam pasti menunjukan waktu tu..

aku akan terus amati bunyi suara memanggil tu..nak tau kawan kita atau bukan..tapi kalau dah panggil nama kita seperti bergema2 seolah2 kita berada didalam gua, aku memang xmenyahut apatah lagi nak buka pintu..tidur balik dan baca lagi, supaya 'dia' tak ganggu sampai ke bilik...


bersambung...