Thursday, September 6, 2012

...saya ikut sekali yer...


Entah macamana hari itu bos aku yg duduk selang 2 buah rumah memberitahu pd kami yg dia dah pun carikan rumah baru untuk kami berpindah. Rasa lega tak payah cakap lah, masing2 tersenyum sesama sendiri seolah2 sudah ada jalan penyelesaian.

Tapi hostel lelaki masih kekal di situ memandangkan hostel kami sahaja yang selalu diganggu. Yang mengejutkan kami bukan kerana apa, rumah yg baru itu sebenar 2 buah rumah sahaja dari hostel asal ini. Bagi aku itu belum cukup benda tu tak akan menganggu, mungkin ada banyak lagi gangguan2 mcm biasa tu. Tapi kita harus pikir yg elok2 shj. Disini aku sertakan lakaran hostel lama dan hostel baru tu.

Rumah kosong itulah yang akan menjadi hostel baru kami, sudahlah kedudukannya dihujung jalan mati, apatah lagi berdekatan dengan kawasan paya...ngam-ngam depan pokok besar. Tidakkah kita rasa apa-apa? heh...

Akhirnya kami berpindah, tapi aku kira waktu berpindah tu dah ramai orang2 lama sudah pun berhenti kerja. Yang ada pun org lama hanya aku, Yati dan Nina sahaja, selain kami ada lah lagi budak baru masuk kerja tapi itupun bersilih ganti paling lama pun setahun selebihnya hanya 2 3 bulan shj.

Pernah juga aku bertanya pada jiran2 disekeliling mengenai rumah yang kami tinggal itu. Selalunya kisah-kisah lama hanya diketahui oleh penduduk asal sahaja. Bagi kami yang menyewa (syarikat tmpat kami yg bayarlah :) )mungkin tidak tahu cerita. Tidak ada cerita2 pelik atau seram untuk dikaitkan dengan rumah yg kami tinggal itu, tetapi tidak mengapalah janji kami dapat keluar dari terus menghuni rumah teres dua tingkat itu.

Bila sudah berpindah, hanya bertahan dalam 2 minggu, kejadian pelik masih ada cuma cara yang berbeza. Tidaklah aku kata pengalaman ini terlalu seram bagi sesetengah org, tetapi bagi yang mengalaminya, yang tidur dan tinggal didalam rumah itu, tahu perasaan seperti tidak senang hati sentiasa ada. 

Rumah yang baru ini setahu aku owner dia melayu. Tapi aku tak pernah jumpa, segala urusan di buat oleh bos aku, jd tak perlulah ambil tahu. Kali ini kemungkinan ramai sgt yg bekerja budak-budak baru habis belajar, jadi hubungan kami memang sangat akrab. 

Pernah sekali kami pakat tidur dalam bilik sebelah. Bilik Siti dan Yan. Seingat aku dalam 5 orang. Aku, Siti (1), Siti (2), Yan dan Liza. Dulu bentang tilam 3 tidur 5 orang, jadi sambil sembang-sembang tertidur. Kebetulan siang tu kami bergotong royong membersihkan kawasan rumah. Penat seharian tertidur awal.

Seingat aku, aku terjaga seperti terdengar sesuatu (aku memang mudah terjaga tengah malam). Kebetulan aku tidur di tepi dinding belah kiri, jadi dalam samar-samar cahaya lampu jalan dan lampu balkoni di luar rumah tu aku boleh lihat mereka tengah sedap-sedap melayan mimpi. Tengah aku angkatkan sikit kepala menjenguk mereka, aku ternampak 6 kepala, tapi seingat aku 5 orang shj tadi. Kemungkinan ada yg masuk join sekali agaknya. Aku lihat kaki, terkejutnya aku sebab kaki hanya ada 5 pasang. Yer, mungkin yang baca akan kata seorang tu kaki dalam selimut, kami tak pakai selimut pun. Tetapi 5 orang tidur sekali dengan badan kurus melidi bukan jauh sangat jaraknya kalau kita nak tengok kan. Aku tak mahu pikir benda tu boleh datang ke rumah ini, tapi bila tgk betul2 kepala tu betul2 terselit diantara kepala Siti (1) dan kepala si Liza. Jelas kelihatan rambutnya yang panjang tertutup muka..aku tengok perlahan2 dari bahu kawan aku si Siti (2), sah benda tu berbaju putih berkain batik merah.

Sangat kenal siapa itu kan? Aku baca apa yang aku tahu termasuk lah ayat Kursi..pejam mata kecil2kan mata balik baca lagi sampai tertidur. Seingat aku yg kunci pintu dari dalam aku sebelum tidur tadi. Yang kat luar tak boleh masuk sebab mereka tak ada kunci, lagipun tuan bilik tu si Yan dan Siti (1), mereka pun dalam bilik tu tidur sama-sama. Aku yang bangun dulu pagi tu, aku tgk cukup 5 kepala dan 5 psg kaki termasuk aku. Tgk tombol pintu pun masih berkunci mcm sebelum tidur malam tadi...

Dia pindah sekali ke?

 


2 comments: